There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Sunday 28 February 2010

Info Pancing

Candiru Fish ( Vandellia Cirrhosa) atau dipanggil The Vampire Fish of Brazil. Ikan spesis keli ini merupakan parasit air tawar yang menakutkan kerana akan menghisap darah dari hosnya termasuk manusia.Ia merupakan spesis yang paling menakutkan di Sungai Amazon.Ikan ini tidak mengemari cahaya matahari dan selalunya ia dijumpai bersembunyi didalam lumpur atau pasir di dasar sungai.

Ada kes yang diceritakan, seorang mangsa lelaki yang sedang membuang air kecil di Sungai Amazon telah menarik perhatian ikan candiru lalu diserang dan darahnya dihisap keluar melalui penisnya dan kekal sehingga beberapa hari disebabkan durinya yang sukar dicabut dan hanya berjaya dikeluarkan dengan pembedahan di hospital.

Ikan Candiru ini hanya bersaiz 2.5-6mm panjang, dan bersifat lutsinar yang menyebabkannya sukar di kesan.Ikan ini mempunyai siri duri yang tajam dibelakang kepalanya yang bertindak sebagai agen untuk menghisap darah.Ikan ini juga mempunyai gigi yang tajam yang digunakan untuk mengigit daging dan menghisap darah mangsa dan hasil daripada itu,terdapat tinggalan luka sebesar lubang peluru selepas darah disedut keluar.

Diharap janganlah ada sesiapa yang melepaskan ikan candiru ini di sungai-sungai dan tasik-tasik kita.Jika ada terpaksa geng pancing memakai alat pelindung penis sebelum keluar memancing.

No comments:

Post a Comment