There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Monday 23 July 2012

Sunday 15 July 2012

GTOdak News

Piranhas- ikan pelahap dan peratah daging terkenal Amerika Selatan dengan reputasi menakutkan sebagai pemakan manusia dipesalahkan atas serangan keatas dua penduduk tempatan di Liuzhou,Selatan China Daerah Guangxi Zhuang, menimbulkan kebimbangan terhadap penaklukan spesis asing ini.

Penduduk Liuzhou tersebut bernama Zhang mengatakan ia telah diserang oleh piranha ketika sedang memandikan anjing peliharaannya di Sungai Liujiang. Ikan tersebut menggigit tapak tangannya dan hanya melepaskannya selepas dia menghempas ikan tersebut ke tanah serta hampir kehilangan daging di tangannya itu.

Zhang terkejut apabila membandingkan ikan yang menyerangnya itu dengan gambar di internet, dan ianya adalah spesis ikan yang sama dengan piranha di Sungai Amazon dan Sungai Paraguay di Selatan Hemosfera itu.

Menurutnya Zhang, kawannya Wu juga digigit oleh ikan itu apabila cuba bermain dengan ikan tersebut.

Li Xinhui, penyelidik di Pearl River Fisheries Research Institute of the Chinese Academy of Fishery Sciences, ikan tersebut dibuang ke Sungai Liujiang oleh pemilik ikan hiasan tropika di kawasan itu dan masih menyiasat asal ikan tersebut dan adakah ikan tersebut boleh hidup di persekitaran Sungai Liujiang yang suhunya boleh mencecah di bawah 15 darjah Celsius pada musim sejuk serta kesan ikan tersebut terhadap ekosistem tempatan.

Sementara itu kerajaan China telah mengeluarkan arahan perang terhadap ikan piranha ini selepas iannya menyerang 2 orang di Sungai Liujiang dan menawarkan 1,000yuan( RM500) bagi setiap ikan yang ditangkap, samada hidup atau mati di media-media tempatan.

-Oleh itu kalau ada Geng GTodak bercuti ke China jangan lupa singgah ke Sungai Liujiang untuk  mencuba nasib,mana tahu untung nasib boleh pulang modal tambang kapal terbang.

berita oleh: forte