There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Tuesday 30 March 2010

Berita Pancing

Sungai Congo,sungai yang melalui beberapa negara di Benua Afrika ini terkenal dengan keunikan dan kepelbagaian spesisnya. Ini adalah kerana sungai ini adalah sungai yang terdalam di dunia dan hampir menyamai kedalaman laut dan merupakan tadahan air kedua terbesar di dunia dan airnya boleh membanjiri seluruh eropah.Panjang sungai ini adalah 14,500km yang melalui di bahagian tengah Benua Afrika dan menyediakan sumber makanan dan air kepada lebih 30juta penduduk di sekitarnya.

Kebanyakan spesis di Sungai Congo ini mengalami evolusi yang pelik seperti kehilangan warna (pigment lost ),merengang atau memanjang ( elongation) dan mata yang hampir hilang.


Antara spesis unik yang dijumpai di Sungai Congo ini adalah:


Goliath Tiger Fish
Goliath Tiger Fish antara ikan raksasa yang unik di Sungai Conga dan ia boleh membesar sehingga 68kg.


Elephant Fish
Ikan Gajah ( Freshwater Elephant Fish ) ikan unik yang mempunyai belalai menyerupai gajah yang berfungsi untuk menyedut makanan di dasar sungai yang berlumpur.

Thursday 25 March 2010

Berita Pancing

Ikan Todak ( Swordfish)

Todak, terbayang kita ikan yang mempunyai muncung yang tajam seolah-olah sebilah pedang terhunus dan bersedia untuk berperang.Ini terbukti dengan beberapa kejadian ikan todak menyerang manusia dan antara yang masih dingati oleh saya ialah kejadian di Kampung Limau Limauan di Daerah Kudat, Kota Kinabalu, dimana Azlie Mantipan yang diserang dan ditikam di dada oleh todak seberat 7kg ketika memancing dan beliau meninggal ketika di hospital.Kejadian lain pula adalah seorang pemancing di Langkawi, Kedah, Adnan Walib, 39 tahun yang tercedera di kepala akibat tercucuk muncung ikan todak.Menurut kejadian ketika beliau menggunakan lampu suluh untuk menyuluh air dan tiba-tiba ikan todak melompat dan tercucuk di bahagian kiri kepalanya dan beliau juga meninggal di hospital serta beberapa kejadian-kejadian serangan lain.

Swordfish
Ikan Todak ini juga mengingatkan saya kepada cerita dongeng orang melayu, khususnya di Singapura sehingga ceriteranya terdapat didalam buku teks sekolah kita.
Ceritanya tentang kezaliman seorang raja di Singapura, yang menghukum bunuh ulama dari Negara Pasai, Tun Jana Khatib dan sebelum mati beliau telah menyumpah Singapura akan menjadi huru-hara dan antaranya ‘Dilanggar Todak’ dan menyebabkan ramai rakyat mati ditikam oleh ikan todak ini sehinggalah diselamatkan oleh seorang budak berusia 10 tahun yang bijaksana iaitu Hang Nadim. Atas nasihat Hang Nadim ini, Raja telah mengarahkan pokok pisang ditanam di pinggir pantai yang bertindak sebagai benteng menahan tusukan ikan todak.Atas kebijaksanaan Hang Nadim ini, beliau juga dibalas dengan hukuman bunuh oleh Raja Singapura atas alasan kebijaksanaannya akan mengugat kedudukan raja apabila ia besar kelak.

Dengan cerita Hang Nadim dan beberapa kejadian serangan todak sekarang,mungkinkah dogengan “Singapura DiLanggar Todak” ini benar-benar berlaku. Ini dikuatkan lagi dengan adanya nama jalan dan kampung di Singapura mengambil sempena nama Tun Jana Khatib iaitu ulama yang dihukum bunuh oleh Raja sebelum Singapura diserang todak.

Ikan todak ini selalunya dianggap ikan Marlin kerana sifat fizikal hampir sama,iaitu mempunyai muncung tetapi ianya berlainan jenis, Todak adalah Swordfish dan Marlin digelar Spearfish.

Todak atau nama saintifiknya (Xiphias gladius) adalah sejenis ikan laut yang rahang atas dan muncungnya memanjang berbentuk seperti pedang pipih dan kuat berukuran hampir sepertiga panjang badan ikan tersebut. Tubuh ikan todak panjang membulat dapat mencapai 2 – 4.6 m dan dapat membesar hingga 650 kg, kulitnya licin tidak bersisik, bahagian atas tubuhnya berwarna keunguan atau kebiruan dan bahagian bawah tubuhnya keperakan.Todak banyak dikawasan beriklim tropika. Ikan todak adalah satu-satunya anggota famili Xiphiidae.
Rangka Todak yang terdapat di National Museum of Natural History di Washington,US.

Muncung todak bukanlah digunakan untuk menyerang mangsanya tetapi membuatkan todak lebih lincah dan laju ketika berenang.Muncung ini dapat membantu ikan ini mengejar mangsanya dan ia mampu berenang selaju 80km/j. Ikan todak bukan ikan yang hidup berkelompok. Mereka berenang sendirian dan dalam satu kelompok yang jauh, iaitu sekitar 10 meter. Ikan Todak ini sering mencari makanan di permukaan air dan gemar melompat-lompat mengejar mangsanya dan tabiat melompat keluar dari permukaan air ini menjadikan ia satu pengalaman yang indah jika kita terserempak dengan ikan Todak ini.



Sunday 21 March 2010

Berita Pancing

'Pelik Tapi Benar', itu ungkapan yang sesuai digambarkan bagi senarai beberapa hidupan air di bawah ini yang mendiami perairan di bumi ini. Dengan bentuk dan rupa yang tidak pernah dibayangkan oleh kita membuktikan ciptaan yang maha agung,tuhan yang maha esa Allah ( S.W.T ).

Cartilaginous Fish

Chimaeras( Ghost Shark)

Colossal Squid

Dragon Fish

Fangtooths Fish

Grenadiers Fish

Hand Fish

Megamouth Shark

OarFish

Pelican Eel

Sea Robin

Viper Fish

Tuesday 16 March 2010

Friday 12 March 2010

Berita Pancing

Mengenali Ikan Temoleh( Malaysian Carp )

Geng Pancing pada kali ini kita akan mengenali satu lagi spesis ikan air tawar yang di kategori hampir pupus ( endangered species) iaitu Ikan Temoleh atau Ikan Temelian.Kegiatan memancing berlebihan,menuba dan mengaran ( menggunakan kuasa elektrik ) dipercayai punca ikan ini hampir pupus.

Ikan Temoleh atau nama lain seperti Golden Carp,Ikan Minnow ,Seven Striped Barb dan nama saintifik bagi ikan ini adalah Probarbus Julleini.
Ikan ini terdapat di sungai-sungai di Asia Tenggara seperti di Loas,Thailand,Vietnam,Kemboja dan di Malaysia.

Saiz ikan ini yang besar dan boleh mencecah 60kg.,dan disebabkan saiznya yang besar,ianya hanya terrdapat di sungai-sungai yang besar.Di Malaysia ikan Temoleh ini terdapat di sungai-sungai di Perak dan Pahang.

Kawasan yang biasa ditemui ikan ini adalah sungai yang berarus laju seperti di Sungai Tembeling,Jerantut, Pahang dan sebahagian Sungai Perak di daerah Kuala Kangsar.
Temoleh dikatakan pejuang yang tak mengenal erti kalah.Mungkin pertarungannya sehebat mahseer di Sg. Cauvery, India tetapi yang nyata lariannya akan memberi tentangan sengit kepada pemancing bertuah.
Berbekalkan tenaga dan saiznya yang besar, ia sudah cukup menggerunkan pemancing.Oleh itu, anda perlu bersiap-sedia dengan peralatan pancing aksi berat ataupun sederhana berat dengan tali berketahanan sekurang-kurangnya 25 paun.

Ikan Temoleh 52kg di Sungai Semantan,Temerloh
sumber: berita harian

Mulutnya yang menjulur keluar (seperti Ikan Kelah dan Lee Koh) menunjukkan sifatnya yang 'pemalu' dan suka mencari makanan di dasar. Ini mungkin salah satu sebab mengapa ikan ini amat sukar dipancing .Apabila tiba musim mengawan (biasanya pada masa musim tengkujuh), ikan ini akan mudik ke hulu sungai yang cetek untuk bertelur.

Bahagian belakang badan temoleh ini boleh dilihat timbul di permukaan air sewaktu  ikan ini ke hulu, malah ia turut dikatakan berlawan sesama sendiri sehingga boleh didengari penduduk kampung yang berada tepi sungai. Bagi pemancing umpan siput gondang atau siput sungai yang banyak di tepi-tepi sungai selalunya digunakan, kerana menurut mereka ikan ini jarang menolak umpan yang seenak ini,selain daripada itu udang,cacing dan buah betik dan pisang tua juga menjadi kegemaran ikan ini.

Jabatan Perikanan perlu mengambil inisiatif bagi memulihara spesis ini seperti mewujudkan santuari ikan ini agar generasi muda berpeluang mengenali spesis hebat ini.

Sunday 7 March 2010

Info Pancing

Haiwan Air Yang Paling Berbisa
Box Jellyfish
1.Box Jellyfish
Pemenang pertama haiwan air yang paling berbisa jatuh kepada Box Jellyfish.Sejak dari tahun 1954 seramai 5,567 orang dilaporkan mati akibat spesis obor-obor ini.Racun dari spesis ini antara paling berbahaya di dalam dunia.Racun atau toxinnya akan menyerang jantung, sistem saraf dan sel-sel kulit.Paling menakutkan jika terkena toxinnya, mangsa akan mengalami kesakitan yang amat perit, kekejangan dan jantung gagal berfungsi dan mati sebelum mangsa sampai ke pantai.Mangsa yang terselamat pun akan menderita kasakitan selama berminggu-minggu.
Mangsa sengatan hanya akan terselamat jika diberi rawatan serta-merta iaitu sebelum 30saat, iaitu dengan meletakkan cuka di luka sengatan.Ini adalah kerana cuka mengandungi asid asetik yang dapat menyekat toxin daripada memasuki saluran darah mangsa.
Box Jellyfish ini selalunya ditemui di perairan Asia dan Australia.


Blue Ringed Octopus
2. Blue Ringed Octopus
Blue-Ringed Octopus ini hanya bersaiz bola golf tetapi bisanya boleh membunuh manusia.Toxin bagi seekor spesis ini boleh membunuh 26 orang dewasa dalam masa beberapa minit dan sehingga sekarang tidak ada antidot/penawar.
Sengatannya tidak mendatangkan kesakitan tetapi toxinnya bertindak pantas dengan melemahkan otot-otot,badan menjadi kebas, kesukaran bernafas dan akhirnya membawa maut.
Spesis ini banyak ditemui di perairan lautan pasifik dari Jepun ke Australia.


Stone Fish
3. Stone Fish
Ikan ini mungkin antara yang terhodoh tetapi ianya adalah antara ikan paling berbisa di dalam dunia.Jika terpijak durinya kemungkinan kaki mangsa terpaksa dipotong. Bisanya akan menjadikan anggota mangsa lumpuh dan tisu-tisu anggota tersebut akan mati dan jika tidak diberi rawatan segera dalam tempoh beberapa jam kemungkinan mangsa akan maut.
Ikan ini ditemui di perairan cetek di Lautan Pasifik.


Fugu Pufferfish
4. Fugu Pufferfish
Ikan Fugu/Fuku dalam bahasa Jepun ini adalah hidangan makanan laut yang terkenal di Jepun dan Korea tetapi masalahnya spesis ini adalah antara paling beracun di dunia.Hidangan ikan buntar ini hanya boleh disediakan di restoran tertentu dengan chef bertauliah sahaja.

Restoran Fugu di Jepun
Racun dari ikan ini akan menyebabkan mangsa kebas di mulut dan bibir, pening, muntah-muntah, degupan jantung yang kencang, sukar bernafas dan lumpuh anggota badan.Kebanyakan mangsa akan maut selepas 24jam. Statistik menunjukkan 20 kematian daripada 44 kes dari tahun 1996 sehingga 2006, dan semua kes adalah di Jepun.