There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Sunday 27 June 2010

Todak News

FENOMENA IKAN LOMPAT

SPRINGFIELD -  Ikan kap perak ( Asian Silver Carp ) melompat-lompat di atas permukaan air seperti menari di Sungai Illinois, Amerika Syarikat (AS).



Ikan Melompat di Sungai Illinois, Amerika Syarikat

Fenomena itu berlaku kerana terdapat getaran yang terhasil daripada motor elektrik bot pemancing.
Ikan itu menganggap getaran itu sebagai kehadiran pemangsa dan akan bertindak balas dengan melompat sehingga setinggi tiga meter.

NANJING - Beratus-ratus ikan akan melompat keluar dari air apabila tiba musim panas di  sebuah tasik di Jiangsu,China.



Fenomena Ikan Lompat di sebuah Tasik di Jiangsu, China.
-berita dari forte

Wednesday 16 June 2010

Todak News

Percaya atau tidak Ikan Todak ( Swordfish ) teleh menyerang paip penghantaran minyak mentah di Angola.Syarikat minyak Perancis Total mengatakan terdapat lubang-lubang yang dilakukan oleh ikan ini di paip minyak mentah miliknya di Girassol dan akibatnya ia telah menanggung kerugian dan menganggu penghantaran minyak syarikat itu.


Loji minyak luar pesisir di Girrassol menghasilkan 250,000 barell minyak mentah sehari dan ini bukan kali pertama ia diserang todak.
-berita dr. presiden.

Tuesday 15 June 2010

Today News

Miami-The Florida Marlin, pasukan softball dari Florida, Amerika Syarikat ini mengumumkan Stadium mereka iaitu New Marlins Ballpark akan diubah suai dan ciri-ciri unik yang akan dibina adalah Akuarium Air Masin yang bertindak sebagai penghadang ( railing ) penonton ke padang.Pengumuman ini dibuat oleh pemilik Marlins sendiri iaitu  Jeffrey Loria.



Tujuan ia dibuat adalah sebagai kempen dan promosi ekosistem hidupan laut dan batu karang di Selatan Florida.Ia akan dibina dengan struktur gentian kaca dan 4cm tebal acrylic panel lutsinar kalis peluru bagi mengelak kerosakan akibat terkena bola.
Ia adalah satu yang unik sambil menonton perlawanan boleh menikmati suasana laut.
-berita dr. FORTE

Today News

Ikan spesis baung ( cat fish ) terbesar di eropah dan di dunia setakat ini telah di tangkap baru-baru ini oleh Pemancing Roberto Godi, 32 di Sungai Po, Mantova, Utara Italy.

Ikan ini seberat 250lbs ( 114 kg ) dan 8.2kaki ( 2.5meter ) panjang.Menurut Roberto ini, beliau mengambil masa 45minit bertarung sebelum berjaya menaikkan ikan ini, kemudian dilepaskan semula dengan selamat.

-berita dr. FORTE

Today News

Jeremy Wades, tentu Geng Pancing kenal dengan mamat ini pemancing dan biologist dalam siri River Monsters.Kini siri ke-2 River Monster telah siap pembikinannya dan harap ia akan disiarkan di kaca tv kita.
Kali ini beliau akan menjelajah ke Thailand,Congo, Uganda, Euthiopia, Afrika Selatan dan US ( Florida dan Alaska ) untuk mencari ikan raksasa seterusnya.

River Monsters ini akan disiarkan dalam 6 episod dan di dalam episod 1 beliau akan ke Thailand menjejaki Ikan Pari Gergasi Air Tawar dan selepas itu ke negara-negara seterusnya termasuklah ke Congo untuk menjejaki Ikan Harimau ( Tiger Fish ).

Congo Tiger Fish
-berita dr. Presiden.

Today Info

Jika Geng Pancing hendak melawat Akuarium ikan terbesar di dunia, Okinawa, Jepun tempatnya. Di kenali sebagai Churaumi Aquarium. Ia sungguh luas sehingga terdapat 4 ekor paus jerung ,whale shark ( ikan terbesar di dunia ).



Pelawat boleh melihat keindahan hidupan laut ini melalui tingkap cermin seluas 8 meter tinggi dan 23 meter lebar dan cerminnya setebal 0.6 meter untuk menahan tekanan air.

Akuarium ini menakung air sebanyak 7,500 ton ( 3 buah kolam renang bersaiz olimpik ). Terdapat pelbagai spesis ikan di akuarium ini termasuk tuna sirip kuning,pari dan paling besar adalah 12 meter panjang ikan paus jerung yang memerlukan suku ton makanan sehari.

-berita dari FORTE