There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Sunday 28 February 2010

Info Pancing

Candiru Fish ( Vandellia Cirrhosa) atau dipanggil The Vampire Fish of Brazil. Ikan spesis keli ini merupakan parasit air tawar yang menakutkan kerana akan menghisap darah dari hosnya termasuk manusia.Ia merupakan spesis yang paling menakutkan di Sungai Amazon.Ikan ini tidak mengemari cahaya matahari dan selalunya ia dijumpai bersembunyi didalam lumpur atau pasir di dasar sungai.

Ada kes yang diceritakan, seorang mangsa lelaki yang sedang membuang air kecil di Sungai Amazon telah menarik perhatian ikan candiru lalu diserang dan darahnya dihisap keluar melalui penisnya dan kekal sehingga beberapa hari disebabkan durinya yang sukar dicabut dan hanya berjaya dikeluarkan dengan pembedahan di hospital.

Ikan Candiru ini hanya bersaiz 2.5-6mm panjang, dan bersifat lutsinar yang menyebabkannya sukar di kesan.Ikan ini mempunyai siri duri yang tajam dibelakang kepalanya yang bertindak sebagai agen untuk menghisap darah.Ikan ini juga mempunyai gigi yang tajam yang digunakan untuk mengigit daging dan menghisap darah mangsa dan hasil daripada itu,terdapat tinggalan luka sebesar lubang peluru selepas darah disedut keluar.

Diharap janganlah ada sesiapa yang melepaskan ikan candiru ini di sungai-sungai dan tasik-tasik kita.Jika ada terpaksa geng pancing memakai alat pelindung penis sebelum keluar memancing.

Thursday 25 February 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

12 RabiulAwal 1431 /26 Febuari 2010

'MEMANTAPKAN UKHWAH,MEMPERKASAKAN UMMAH'

Tuesday 23 February 2010

The River Monsters,tentu ada Geng Pancing ada menonton siri baru di saluran 551 ( Discovery Channel ) atau di saluran 556 ( Animal Planet ) tentang kegilaan hostnya Jeremy Wade menangkap dan mengkaji tentang raksasa air tawar di seluruh dunia.

Penulis berpendapat bahawa rancangan ini memang wajib tonton kerana memapar realiti dan dongengan tentang raksasa air tawar ini, yang mana penonton dapat menilai sendiri tentang setiap spesis yang dianggap pemakan manusia,pembunuh bahaya dan raksasa air yang ganjil ini.
alligator gar

arapaima

bull shark

candiru catfish

goonch catfish

piraiba catfish

piranha

wels catfish

Wednesday 10 February 2010

Trip Memancing Kuala Selangor

8 Febuari 2010, Kuala Selangor.
Pada kali ini Geng Pancing mencuba nasib mengail udang galah di Kuala Selangor, Selangor.Ada beberapa geng pancing yang cukup teruja pada trip kali ini kerana mencuba sesuatu yang baru termasuklah penulis sendiri.

Trip ini disertai oleh tuan presiden sendiri Sdr. Zulhisham dan 7 orang geng yang lain iaitu Sdr.Shelihazman, Sdr. Abd. Rahim, Sdr. Nasir, Sdr. Mazlani, Sdr. Mahzan, Sdr. Fuad dan Sdr. Shahrizan.
Pada trip Geng Pancing terpaksa bertolak ke Kuala Selangor seawal pukul 5.30pagi dengan harapan akan tiba di Jeti Kuala Selangor tepat pukul 7.00pagi, dimana bot yang ditempah menunggu.

Trip ini Geng Pancing tidak pulang hampa kerana hampir 30ekor udang galah berjaya digail dan bakal dijadikan masakan enak nanti.Juara trip kali ini dimenangi oleh Sdr. Nasir kerana berjaya menaikkan udang galah terbanyak dan beliau dinobatkan sebagai Raja Udang 2010.
FAKTA TENTANG IKAN


1. Ikan Paus Biru merupakan haiwan terbesar di bumi. Hati Paus Biru ini adalah sebesar sebuah kereta, dan lidahnya sebesar seekor gajah.
                                                                       Ikan Puas Biru


2. Ikan Jerung jenis Swell yang dijumpai di New Zealand menyalak seperti anjing.







                                                                Ikan Jerung Swell
3. Ikan tidak boleh hidup di Laut Mati disebabkan airnya terlalu masin.
4. Tahukan anda ada spesis ketam yang boleh memanjat pokok.Ketam ini digelar Ketam Kelapa ( Coconut Crab ) kerana ia memanjat pokok kelapa untuk memakan buahnya.
                                                       Ketam Kelapa ( Coconut Crab )


5. Ikan terberat yang pernah ditangkap ialah OCEAN SUNFISH atau Mola-Mola. Ia seberat 4,928 lbs. ( 2,235.3kg )

                                                             Ocean Sunfish/Mola-mola

6. Ikan Swordtail adalah perenang terpantas dikalangan semua ikan.
                                                                    Ikan Swordtail

7. Ikan Stickleback adalah ikan yang membina sarang. Ikan jantan berwarna merah ini membina sarang dengan menggunakan rumpai dan ikan betina akan bertelur selepas itu ikan jantan akan menjaga telur tersebut sehingga ia menetas.










                                                                     Ikan Stickleback
8. Benda pelik yang pernah dijumpai didalam perut ikan jerung adalah paku,botol wine, baju kot, pakaian tentera, drum, torpedo

Tuesday 2 February 2010

Berita Pancing

Arapaima

Satu lagi spesis ikan air tawar yang menganggu ekosistem sungai dan tasik di negara kita adalah ikan ini dan ada pihak atau badan-badan kerajaan yang menyediakan habuan lumayan untuk setipa tangkapan ikan ini.


Skala Arapaima = Manusia
Arapaima atau di panggil Pirarucu ( Brazil ) atau Paiche ( Peru ) merupakan salah satu ikan air tawar terbesar di dunia. Ikan ini boleh mencecah 9kaki ( 2.75meter ) dan seberat 440lbs ( 200kg ).Ikan Arapaima ini adalah ikan permukaan dan hanya boleh berada didalam air 10-20 minit sahaja, ini menjadikan ianya ikan mudah diburu oleh manusia kerana ianya jelas kelihatan dan telah menjadi kebimbangan bagi pihak berkuasa di Amerika Selatan kerana permintaan berlebihan terhadap ikan ini akan menyebabkan kepupusan bagi gergasi air tawar ini.

Berita Pancing

Geng Pancing mungkin terbaca dalam akhbar-akhbar tempatan tentang Ikan Bermulut Buaya yang ditemui atau di tangkap di sungai-sungai negara kita dan ini mencetuskan kebimbangan terhadap gangguan ekosistem kita dan kepupusan ikan-ikan tempatan yang menjadi habuan ikan karnivor bersaiz besar ini.

skala alligator gar dgn manusia
Ikan Bermulut Buaya( Alligator Gar ) atau nama sainstifiknya Atractosteus spatula merupakan spesis primitif yang kekal sehingga sekarang ini berasal dari Benua Amerika Utara dan merupakan ikan air tawar terbesar di Amerika Utara.Ikan ini apabila matang boleh mencecah sehingga 8-10 kaki panjang dan seberat 91kg.Rekod yang tercatit bagi tangkapan terbesar bagi ikan ini adalah 166kg.

Apa yang menarik pada ikan ini adalah barisan gigi yang menyerupai gigi buaya dan mempunyai sisik seperti bentuk berlian dan sisik ini pula ada dijadikan barang hiasan oleh penduduk asli di Amerika Utara.
Walaupun ikan ini adalah spesis karnivor tetapi tiada rekod yang menyatakan ianya menyerang manusia.

Berita Pancing

Pari Gengasi
SEORANG ahli biologi dari Amerika Syarikat (AS), Zeb Hogan keriangan apabila pemandu arahnya yang juga seorang pemancing, Rick Humphreys berjaya menangkap seekor ikan pari air tawar gergasi yang jarang ditemui seberat 22 kilogram di Sungai Maeklong di Thailand.
Mereka kemudiannya mengikat tali pada insang ikan tersebut dan membalut ekor berbisa haiwan itu sepanjang 1.52 meter dengan tuala.

Humphreys berkata, ikan pari air tawar terkenal di kalangan pemancing kerana kekuatannya yang biasanya boleh mengakibatkan tali pancing putus.
Menurutnya, dia memerlukan enam jam dan seramai 15 orang terpaksa membantu untuk menaikkan ikan pari gergasi tersebut.

Ikan air tawar terbesar yang pernah direkodkan adalah seekor ikan keli seberat 239 kilogram yang ditangkap di Sungai Mekong, Thailand pada 2005.
"Ikan pari itu mungkin ikan air tawar terbesar di dunia. Bagaimanapun, saya tidak pernah bertemu dengan ikan sebesar itu walaupun sudah lima tahun mencari ikan pari di Sungai Mekong," kata Hogan.
Hogan kini dalam misi menjelajah dunia untuk mencari ikan air tawar terbesar di dunia yang merupakan sebahagian daripada projek Megafishes yang ditaja oleh National Geographic Society.
sumber: Kosmo