There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Tuesday 2 February 2010

Berita Pancing

Geng Pancing mungkin terbaca dalam akhbar-akhbar tempatan tentang Ikan Bermulut Buaya yang ditemui atau di tangkap di sungai-sungai negara kita dan ini mencetuskan kebimbangan terhadap gangguan ekosistem kita dan kepupusan ikan-ikan tempatan yang menjadi habuan ikan karnivor bersaiz besar ini.

skala alligator gar dgn manusia
Ikan Bermulut Buaya( Alligator Gar ) atau nama sainstifiknya Atractosteus spatula merupakan spesis primitif yang kekal sehingga sekarang ini berasal dari Benua Amerika Utara dan merupakan ikan air tawar terbesar di Amerika Utara.Ikan ini apabila matang boleh mencecah sehingga 8-10 kaki panjang dan seberat 91kg.Rekod yang tercatit bagi tangkapan terbesar bagi ikan ini adalah 166kg.

Apa yang menarik pada ikan ini adalah barisan gigi yang menyerupai gigi buaya dan mempunyai sisik seperti bentuk berlian dan sisik ini pula ada dijadikan barang hiasan oleh penduduk asli di Amerika Utara.
Walaupun ikan ini adalah spesis karnivor tetapi tiada rekod yang menyatakan ianya menyerang manusia.

No comments:

Post a Comment