There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Monday 25 January 2010

Temelian Gergasi Lubuk Salan

Jerantut:Ikan Temelian atau Temoleh seberat 32 kg berjaya ditangkap oleh Mustapa Din, 57 di Sungai Jerantut menggunakan teknik Tajur(diikat pada dahan kayu di kawasan lubuk dan tali pancing dilabuhkan ke dasar menggunakan batu sebagai pemberat dan menggunakan umpan gumpulan cacing)


Info-Ikan temelian berwarna kuning keemasan, mempunyai jalur hitam memanjang dari bahagian kepala ke bahagian ekor dan berwarna kuning keputihan di bahagian bawah perut.
THIBODAUX, La

Seorang pelajar perubatan di tutup mata oleh kawannya supaya lubuk pancingnya tidak diketahui dan akhirnya berjaya memecah rekod dengan berjaya menaikkan ikan Grouper seberat 359.1lbs ( 162.8kg)


Berita Pancing

BARCELONA - Seorang nenek berusia 54 tahun dari Britain dan buta sebelah matanya, Sheila Penfold mencipta rekod untuk wanita apabila dia berjaya memancing seekor ikan keli terbesar seberat 97 kilogram (kg) di Sepanyol, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.



Dia yang dibantu suaminya, Alan, dan anaknya, Arthur memancing ikan, mengambil masa selama 30 minit bergelut untuk menariknya ke atas tebing semasa dia memancing di Sungai Ebro dekat sini baru-baru ini.
Jawatankuasa Rekod Perikanan Britain mengesahkan, tangkapan itu adalah yang paling besar dilakukan oleh seorang wanita Britain mengatasi rekod sebelum ini oleh Bev Street, 46, yang pernah memancing ikan keli dengan berat 32kg.
Ia juga merupakan rekod bagi wanita yang memancing ikan di Sepanyol namun keluarga itu melepaskan ikan tersebut kembali ke dalam sungai.
Keluarga tersebut yang tinggal di Wandsworth, London mendakwa ikan keli itu berukuran 2.48 meter panjang dan mereka memancing dari tebing sungai dengan menggunakan tiga batang joran yang berasingan.

Friday 22 January 2010

Set Memancing Udang

Info untuk Geng Pancing yang akan pergi memburu udang pada 21 Febuari ini dan masih tidak mempunyai set memancing udang,mungkin info ini dapat membantu sebagai permulaan memancing udang.
Di TCE Tackles ada set memancing udang yang hanya RM20.
  • Kekili Tomman-Jupiter/Prawn Tiny 100
  • Joran -Toman X Series x402
  • Mata Kail-Fire Eagles
  • Fire Eagles U Galag Combo# 6
  • Poly Bag#P20

Wednesday 20 January 2010

Mengenali Spesis Udang


Udang Harimau

Udang Katak/Kipas

Udang Lipan

Udang Minyak

Udang Putih

Udang Solo

Udang Galah

Udang Kertas

mmmmmmmmm.....akhirnya sedia dimakan

Friday 15 January 2010

Aktiviti Memancing

Info terbaru untuk Geng Pancing. Aktiviti memancing udang galah di Kuala Selangor akan diadakan pada 21 Febuari 2010/07 Rabiulawal ( Ahad ).Geng Pancing akan memancing udang diatas bot rakit.
Hanya 8 orang disediakan diatas bot rakit tersebut,oleh itu cepat geng rebut peluang ini.
Yuran dan waktu acara akan dimaklumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Mazlani Sham.
-Info daripada Presiden Geng Pancing.

Monday 11 January 2010

Info Aktiviti Memancing

En.Ariff ada mencadangkan agar Geng Pancing mencuba kolam air masin di Port Klang iaitu Kolam Sea Lion.Jadi kepada Geng Pancing yang berminat boleh lah menyertai En. Ariff memancing di situ pada 1 Febuari 2010 ( cuti umum bagi KL-Hari Wilayah ).
Banyak cerita yang saya dengar mengenai Kolam Air Masin ini,ada yang pulang lumayan dengan pelbagai spesis ikan laut dan ada pula yang pulang tangan kosong, tambahan pula yuran memancing disini agak mahal.


Apa-apa pun nasihat kepada Geng Pancing sebelum melabuhkan joran perlulah mengetahui tips-tips memancing disini dan tak malu bertanya kepada sesiapa disana nanti yang mungkin tahu lubuk-lubuk ikan di kolam ini.
Selamat Mencuba.

Umpan Ikan Air Tawar

Ini adalah informasi yang saya dapat dan kumpul untuk infomasi Geng Pancing tentang umpan yang sesuai untuk memancing mengikut jenis ikan.

Umpan yang diterangkan adalah merujuk kepada umpan biasa (kaedah tradisional) tanpa menyentuh pengunaan atau umpan tiruan.

Udang Galah -perumpun, anak udang beras, anak ikan guppy, isi ikan, hati dan jantung ayam, isi remis, isi  kerang, adunan dedak campur belacan.
Kuku (ketam angin, anak ketam pasir, udang sungai, udang kayu, udang kantong, roti canai, ayam goreng). Semilang (Udang sama ada hidup dan mati lintah sungai, perumpun, sotong kurita, isi ikan, ikan belanak, bebolos, isi siput, anak ketam.
Kelah (kelapa sawit peram, buah merih, udang sungai, buah nerang).
Toman (anak ikan hidup lampan, tengas, sebarau, keli),
Belida (ikan anak ikan hidup seperti parang, terbul, tengas, talapia susur batang).
Jenahak (udang hidup, cumit hidup, udang lipan, sotong kurita, belanak, anak gelama, anak bebolos, perumpun, hirisan isi ikan segar).
Sepat (lumut, cacing kecil, telur kerengga, nasi).
Puyu ( belalang,cengkerik kecil,cacing kecil )
Haruan (katak, anak ikan, udang sungai, cacing, belalang, cengkerik).
Belanak/tamok/andeng (roti yang digumpal kecil).
Ketutu (anak ikan, hirisan / ketulan isi ikan, udang sungai).
Baung (umpan peram, ulat lundi, udang sungai, isi ikan, cacing, dedak, perut, usus atau hati ayam).
Keli (cacing, cengkerik, udang sawah).
Tapah (hampir semua anak ikan sungai, anak keli, udang galah, ulat lundi).
Sebarau (anak seluang atau ikan parang kedai akuarium, tebal sisik, anak lampan, anak terbul, anak ikan tengas, udang sungai).

Friday 8 January 2010

IkanTermahal Di Dunia

Ikan Hiasan - Arowana Platinum


Ikan Akuarium ini berukuran 38cm ( 15 inci ) kepunyaan sebuah syarikat Aro Dynasty di Singapura. Ia merupakan arowana mutasi yang jarang ditemui.Aro Dynasty menawarkan harga 80 ribu dollar untuk pembeli dan sebuah syarikat di United Kingdom telah menawarkan 200 ribu pound( RM1,08juta ) untuk membeli ikan tersebut.


Golden Tiger Fish


Ditangkap di perairan Guangdong di Selatan China seberat 105paun ini telah menjadi ikan paling mahal apabila di beli oleh sebuah restoran dengan harga 580,000 yuan( 75ribu dollar US atau RM253ribu ) dan di jual kepada orang ramai 2,000 yuan bagi setiap 1 kilo hidangan atau 117dollar US.( RM395.00 sekilogram)

Wednesday 6 January 2010

Berita Aktiviti

Geng Pancing akan menjalankan aktiviti memancing udang galah di sekitar Kuala Selangor pada bulan Febuari ini ( tarikh akan diberitahu kelak ).
Kepada geng yang berminat sila hubungi Setiausaha Geng Pancing ( En. Shelihazman ) atau AJK Program ( En. Mazlani Sham )untuk tempahan.
Untuk makluman geng tempat adalah TERHAD.

Tuesday 5 January 2010

1 Juta US Dollar Gewang


Sanggupkah anda menggunakan Gewang ini yang berharga 1 Juta daripada MacDaddy's Fishing Lures ini yang diperbuat daripada 100 karat berlian ( 4,753 biji ) dan 18 karat emas dan sepanjang 30cm ini.

Antara produk lain daripada Macdaddy's Fishing Lures yang diperbuat daripada 14 karat emas.

Monday 4 January 2010

REKOD TANGKAPAN IKAN

KELI/BAUNG/GIANT CAT FISH

95kg di Rio Apa, Brazil


293kg di Sungai Mekong,Thailand


155kg di Rio Solimoes, Brazil


56kg di Rio Parana, Agentina


18kg di Khao Laem Resevoir,Thailand


73kg, Sungai Ramganga, India


100kg, Sungai Amazon, Brazil


70kg, Sungai Mempawah, Indonesia


40kg, Rio Nhamunda, Brazil


12.6kg,Sungai Amazon,Ecuador

Sunday 3 January 2010


Selamat Tahun Baru 2010 kepada warga Geng Pancing Kerja Raya,semoga tahun baru ini memberi kita keberkatan,kemakmuran dan kesejahteraan...Insya Allah...amin.........DAN semoga tahun hasil tangkapan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.