There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Tuesday 28 August 2012

GTOdak News

Penemuan Spesis Ular Buta Oleh Saintis Di Brazil seakan-akan anatomi manusia.(Bayangkan sendiri )

Maaf jika membuat Geng Todak hilang selera makan akibat berita ini.


 
Makhluk unik ini, atretachoana eiselti di jumpai oleh sekumpulan jurutera ketika membina empangan hydroelektrik di sungai yang menghubungkan ke Sungai Amazon.

Biologists terjumpa 6 ekor makhluk pelik ini yang panjangnya sekitar 1 meter di dasar Sungai Madeira di Rondonia, Brazil.


Makhluk ini dijumpa pada November lalu tetapi saintis telah mengesahkan jenis spesis ular ini sebagai makhluk aneh dan jarang ditemui dan kali pertama ditemui adalah pada tahun 1968.

Ia sebenarnya lebih dekat kepada salamenders dan katak tetapi rupa fizikal nya nampak seperti ular.

Biologist Julian Tupan yang berkerja untuk Santo Antonio Energy, syarikat yang membina empangan tersebut berkata 6 ekor ditemui, satu mati, 3 dilepaskan kembali dan 2 ekor lagi disimpan untuk kajian.

Menurutnya lagi walaupun rupanya seperti ular ianya bukan reptilia tetapi dari kumpulan salamanders dan katak dan bernafas melalui kulitnya dan memakan ikan-ikan kecil serta cacing tetapi kajian terperinci masih lagi dijalankan.

sumber berita: Daily News.Uk

Monday 27 August 2012

GTOdak News

Sabtu 11 Ogos 2012.
Awas Ikan Pemakan Penis
Ikan yang tidak dikenali telah menyerang tiga orang kanak-kanak di Delta Mekong Daerah Dong Thap dan kecederaan mereka adalah serius menurut Dr. Nguyen Van Hoang dari Hospital Daerah Thap Muoi.

Kanak-kanak tersebut Nguyen Huu Thien, 7 tahun dan Nguyen Hoan Hao, 4 tahun masih berada di hospital selepas dua kejadian serangan berasingan yang berlaku pada 5 Ogos dan 9 Ogos yang lalu.

Kedua-dua mereka mengalami kecederaan yang serius pada penis,Thein kehilangan hampir keseluruhan penisnya manakala Hao kehilangan sebahagian daripada dan doktor telah menjalankan beberapa siri pembedahan dalam cubaan untuk menyambung semula penis mereka.

“Ia adalah ‘bagus’ kerana kecederaan mereka tiada kesan bisa”menurut doktor.

Menurut Nguyen Huu Tinh,bapa kepada kanak-kanak, Thein, ketika kejadian anaknya sedang berenang di Sungai Kenh Giua yang lebarnya diantara 4 hingga 5 meter bersama 6 kanak-kanak lain.Selepas 30 minit di dalam air anaknya menjerit kuat dan dalam keadaan cuba mengambil sesuatu di penisnya. Lelaki dewasa yang berdekatan terjun ke dalam air menyelamatkannya dan terus dikejarkan ke hospital.

Sementara seorang lagi Hao, diserang ketika sedang mandi di sungai yang sama bersama kakaknya.Manakala seorang lagi mangsa tidak dapat diperolehi maklumat tentangnya.
Seorang lelaki tempatan sedang cuba menangkap ikan misteri tersebut.

Pihak berkuasa daerah Dong Thap telah mengeluarkan amaran bahaya mandi sungai kepada penduduk tempatan dan sedang mencuba pelbagai kaedah untuk menangkap ikan pengigit penis tersebut.

sumber: Thanh Nien News.Com

Monday 13 August 2012

Monday 23 July 2012

Sunday 15 July 2012

GTOdak News

Piranhas- ikan pelahap dan peratah daging terkenal Amerika Selatan dengan reputasi menakutkan sebagai pemakan manusia dipesalahkan atas serangan keatas dua penduduk tempatan di Liuzhou,Selatan China Daerah Guangxi Zhuang, menimbulkan kebimbangan terhadap penaklukan spesis asing ini.

Penduduk Liuzhou tersebut bernama Zhang mengatakan ia telah diserang oleh piranha ketika sedang memandikan anjing peliharaannya di Sungai Liujiang. Ikan tersebut menggigit tapak tangannya dan hanya melepaskannya selepas dia menghempas ikan tersebut ke tanah serta hampir kehilangan daging di tangannya itu.

Zhang terkejut apabila membandingkan ikan yang menyerangnya itu dengan gambar di internet, dan ianya adalah spesis ikan yang sama dengan piranha di Sungai Amazon dan Sungai Paraguay di Selatan Hemosfera itu.

Menurutnya Zhang, kawannya Wu juga digigit oleh ikan itu apabila cuba bermain dengan ikan tersebut.

Li Xinhui, penyelidik di Pearl River Fisheries Research Institute of the Chinese Academy of Fishery Sciences, ikan tersebut dibuang ke Sungai Liujiang oleh pemilik ikan hiasan tropika di kawasan itu dan masih menyiasat asal ikan tersebut dan adakah ikan tersebut boleh hidup di persekitaran Sungai Liujiang yang suhunya boleh mencecah di bawah 15 darjah Celsius pada musim sejuk serta kesan ikan tersebut terhadap ekosistem tempatan.

Sementara itu kerajaan China telah mengeluarkan arahan perang terhadap ikan piranha ini selepas iannya menyerang 2 orang di Sungai Liujiang dan menawarkan 1,000yuan( RM500) bagi setiap ikan yang ditangkap, samada hidup atau mati di media-media tempatan.

-Oleh itu kalau ada Geng GTodak bercuti ke China jangan lupa singgah ke Sungai Liujiang untuk  mencuba nasib,mana tahu untung nasib boleh pulang modal tambang kapal terbang.

berita oleh: forte


Sunday 8 April 2012

GTOdak News

Rare golden snapper fish sold for $38,000 in Bangladesh

A Chinese businessman has paid $38,000 (£24,000) for a rare golden snapper fish caught on Thursday in the port city of Chittagong, fish traders say.

The unidentified businessman from Hong Kong bought the 37kg (82lb) fish "for its tasty bladder and succulent flesh", seller Jahangir Saudagar told AFP.

He bought the fish at an auction before selling it on to the businessman.

Only about four snappers - considered a delicacy - are caught in the Bay of Bengal every year, experts say.

Mr Saudagar, who works at a fish market near Chittagong, bought the fish from fishermen returning from the Bay of Bengal late on Wednesday.

"I continued to bid until everyone else gave up because I knew I could sell this fish on at (a high) price," Mr Saudagar said.

sumber : BBC News
 
Forte : kalau ada geng yang dapat Ikan Jenahak, jual di Hong Kong...mahal....hehehe.

Wednesday 29 February 2012

GTOdak INFO

REVOLUSI MATA KAIL

Karl Beitzel, 45 tahun dari Canton, Amerika Syarikat seorang pereka peralatan bedah telah mencipta satu revolusi baru dalam rekaan mata kail sehingga beliau memenangi USD50,000 daripada Canton Entrepreneur Bussiness. Hasil penjualan melalui laman sesawang kini beliau menubuhkan syarikat pengeluar mata kail memancing di beri Jack Hook.

Ciptaan mata kail Jack Hook ini dikatakan mampu diikat dibawah 5 saat dan 5 kali lebih cepat dari ikatan mata kail biasa serta dapat mengelak daripada kekeliruan ikatan ke mata kail.

Revolusi Jack Hook ini diuji terbukti di pertandingan peringkat tertinggi seperti Bass Tournament Competition di Amerika Syarikat dan pada masa kini mata kail Jack Hook ini telah digunakan oleh pemancing-pemancing professional di Amerika Syarikat.


Slogan Jack Hook ini adalah ‘If You Still Tying Knot You Don’t Know Jack’ dan yang peliknya pereka mata kail ini iaitu Karl Beitzel adalah seorang yang amat alergik/alah pada ikan.

berita oleh: forte