There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Friday 30 July 2010

Todak News

Trip Gegar Royal Belum ( 16-18 Julai 2010 )
oleh: Che Li

Tanggal 16 Julai adalah tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian ahli Geng Todak. Operasi gegar Royal Belum yang telah diatur semenjak sekian lama akhirnya menetapkan tarikh tersebut sebagai tarikh penentu ( maaflah kepada ahli Geng Todak lain yang tak dapat ikut serta dalam trip kali ini ).

Trip 6 ahli Geng Todak turut disertai 4 kaki casting dari Alor Setar juga kali ini penampilan khas saudara Jimoque dari Geng Pacat dan saudara David, Jurukamera dan penulis dari Majalah Rod & Lines. Kesemua 8 peserta dari KL berkumpul dan bertolak ke Gerik selepas habis habis waktu pejabat 15 haribulan lengkap dengan bekalan makanan dan peralatan ( telah dibeli sejak 1 bulan lepas - kes tak sabar-sabar ).

Suatu kelainan pada trip kali ini kerana semua peserta disyaratkan untuk casting sahaja dan tiada permainan pancingan dasar dibenarkan kecuali waktu malam untuk pancingan baung. Bakal menyaksikan peserta-peserta baru casting menggunakan baitcaster ( kekili mendatar ) kami menjangkakan pelbagai karenah dan masalah akan timbul. Tetapi cabaran tetap mendapat sahutan ahli trip, syabas kerana berani mencuba.

Hari pertama, seawal 4.30 pagi peserta terawal bangun menjalankan tanggungjawab dan seawal jam 6 pagi semua ahli telah bergerak meninggalkan Kuaters JKR Gerik yang menjadi rumah tumpangan menuju ke Tasik Banding. Dengan semangat yang berkobar-kobar disulami pemandangan kabus Lebuhraya Timur-Barat telah lebih menaikkan semangat untuk menduga penghuni Royal Belum.
Rumah Bot Arus Belum

Ketibaan ahli Geng Todak dan Geng Kaki Casting Alor Setar disambut oleh Tekong Arus Belum Boat House , saudara Gopa , yang mana khidmat boatman kali ini direkomen sendiri oleh saudara Jimoque. Debaran setiap ahli semasa menunggu boatman mendapatkan permit di checkpoint akhirnya menyemarakkan kegembiraan setelah mendengar laungan tekong boathouse meminta semua boatman menghidupkan semua boat kecil, menandakan permit telah diluluskan. Dalam sekelip mata 4 boat pancingan lesap dari boathouse memecut laju ke setiap lubuk pilihan meletakkan nasib kaki casting kali ini di tangan boatman masing-masing.

Pertaruhan dalam trip kali ini yang lumayan dengan Toman dan Sebarau terberat yang didaratkan bakal memenangi RM50 dan RM60 masing-masing menyaksikan semua peserta giat membaling ke setiap ceruk lubuk, tidak ketinggalan juga ke setiap dahan atas pokok oleh kaki casting baru yang teruja.

Hari pertama menyaksikan 2 ekor toman bersaiz purata 2.4 kg dan 1 ekor sebarau berjaya dinaikkan oleh boat Jimoque dan Rapalajingga masing-masing dengan gewang jenis Rapala Shad Rap. 2 ekor sebarau lagi oleh Nazri ( Alor Setar ) telah dijadikan lauk makan malam. Tentangan hari pertama berakhir lewat petang dengan kekecewaan oleh pada boat-boat lain tanpa sebarang tangkapan. Aktiviti malam diteruskan dengan acara pancingan dasar bagi menjerat baung dari boathouse di salah satu lubuk di kawasan Sungai.

Hujan agak lebat yang turun pada malam tadi menjadikan suasana diluar boat house sangat dingin. Rata-rata para peserta sangat bersemangat bangun seawal jam 5 pagi untuk menyambung cabaran hari kedua. Tepat jam 6.30 pagi boat pancing terakhir meninggalkan boathouse. Diawal pagi spesis Hampala adalah sasaran utama. Pelbagai jenis gewang dicuba termasuk jenis Rapala, surecatch dan strike-pro. Untuk sebarau 200 gram hingga 500 gram, cuba gewang kecil 5 sentimeter atau dipanggil gewang mikro tanpa mengira apa jenama, murah atau mahal boleh digunakan. Sebagai contoh gewang popular jenama Rapala Tail Dancer, Countdown, Fat Rap, X-Rap dan Skitter Pop.

Set pancing aksi ringan paling baik digunakan. Kawasan air cetek kami banyak guna gewang selaman cetek atau permukaan jenis pensil manakala kalau air dalam gewang selaman dalam jenis Minnor adalah pilihan utama. Warna gewang turut memainkan peranan terutama warna yang seakan ikan sasaran. Warna oren mendominasi pilihan pemancing kerana ia seakan warna anak toman/haruan.

Pertarungan hari kedua menyaksikan ahli terpaksa berhempas pulas kerana spesis sebarau dan toman semacam kurang aktif. Kelibat sebarau mengejar ikan-ikan kecil juga tidak kelihatan menjadikan pemburuan spesis ini amat sukar dan teknik casting ke setiap ceruk persembunyian terpaksa dilakukan secara membuta dengan berharap kepada nasib. Setelah matahari mulai meninggi dan permukaan air mula hangat , kelibat toman bermain-main telah kelihatan. Sepantas itu semua set pancingan dan gewang ditukar untuk saiz dan jenis yang lebih sesuai. Saiz gewang antara 8cm hingga 12cm adalah bersesuaian. Selain gewang, penggunaan popper dan soft plastik juga berkesan. Kehadiran toman mengejar dan menerkam gewang dapat dilihat dengan mudah. Jika menggunakan gewang selaman dalam maka kelibat ikan tidak kelihatan. Kita hanya tahu toman membaham gewang apabila lenturan joran berterusan secara tiba-tiba. Bagi warna gewang pula pilih jenis yang terang, lut sinar dan berwarna garang seperti oren, merah kekuningan.
Hj. Wak dan Sebarau

Penamat hari kedua menyaksikan beberapa toman berjaya didaratkan dan rata-rata bersaiz 2.5kg hingga 4.0kg. Dua ekor sebarau bersaiz 500gm juga didaratkan untuk dijadikan lauk makan malam. Walaupun begitu saudara Jimoque dari Team Pacat berjaya memecahkan rekod peribadi beliau dengan mendaratkan ibu toman mega seberat 5.8kg. Kesemua toman akhirnya dilepaskan kembali untuk mengekalkan bilangan spesis tersebut bagi kebaikan semua pihak.

Jimoque( Team Pacat ) dengan tangkapan mega toman ( 5.8kg ) dan berjaya memenangi acara Gegar Royal Belum pada tahun ini.

Pagi hari terakhir dengan cuaca yang agak mendung akibat hujan lebat petang dan malam sebelumnya seakan member peluang akhir kepada kami untuk menduga lubuk. Berdasar pengalaman dan sumber-sumber, dipercayai cuaca sebegini adalah masa terbaik untuk menjejak spesis sebarau dan toman. Terbukti ianya sangat berasas kerana hampir setiap lubuk dimasuki kami dapat melihat kelibat deburan air yang terhasil dari renangan sebarau mengejar anak ikan. Balingan demi balingan gewang bersambut dengan rakus sang sebarau. Bagaimana pun kebanyakan telah terlucut akibat mata gewang yang tidak tertacap kemas semasa perlawanan.

Keadaan mendung sepanjang pagi juga membuka peluang kepada ahli yang mensasarkan toman. Pagi itu saya terniat untuk menduga kekuatan rod jenis Fenwick GT dipasangkan dengan kekili Shimano Stella 2500 SDH untuk menewaskan sang toman. Sepanjang pagi sebanyak 8 kali strike dan perlawanan dengan toman hampir 5 minit setiap strike menyaksikan 7 kali saya ditewaskan oleh kekuatan toman. Teknik meleret ke pangkal pokok dan dahan yang terbenam dalam air membuktikan toman di Royal Belum sudah amat culas dan sensitive dengan cakukan gewang. Disebabkan masih kekurangan pengalaman untuk melawan toman di kawasan bereba maka hanya seekor sahaja berjaya didaratkan.

Che Li ( kanan ) dan Rapalajingga dengan tangkapan mereka

Kepuasan setiap ahli pada Trip Royal Belom kali ini dapat dirasai semasa boathouse bertolak keluar dari pedalaman menuju ke Jeti Banding. Cerita-cerita perlawanan hebat pagi hari terakhir telah membenamkan pengalaman dua hari sebelumnya. Syabas dan tahniah kepada semua ahli Geng Todak, Geng Pacat dan Geng Alor Staq, kerana berjaya mengamalkan konsep Catch & Release semua spesis yang tidak diperlukan dan masih bersaiz boleh membesar. Terima kasih juga kepada para pemancing yang berpengalaman saudara Jimoque dari Geng Pacat dan Saudara David dari Rod & Lines yang banyak berkongsi teknik dan pengalaman bersama ahli-ahli Amatur Geng Todak. Semoga dihalalkan semua gewang-gewang yang dipinjamkan kepada kami yang terkubur di Tasik Royal Belum. Adalah diharapkan semoga akan ada pertemuan ulangan dalam masa terdekat. Wassalamm....
-berita dari che li




Sunday 11 July 2010

Todak News

What's up fish face? The £40,000 carp that really does look human

By Paul Sims ( source: http://www.dailymail.co.uk/ )

Owners and their pets are often said to grow to resemble each other. Which could be bad news for Brendan O'Sullivan.

He is the owner of this carp, which appears to be developing facial features which look worryingly human.
The 44-year-old former butcher bought the fish, a ghost carp, about five months ago but it is only in the past week that he has noticed what looks like a mouth, nose and eyes.

'Because of the weather earlier this year I didn't really get to have a proper look at it,' said Mr O'Sullivan, of Dagenham, Essex.


'Then, last week, as I was sunbathing in the back garden I poked my head over the pond and there it was swimming towards me.

'It was astonishing. I could easily make out from the markings two eyes, a nose and a mouth. I thought I was suffering from sunstroke.'

Carp have long been known to carry markings which can look like a human face, but actually seeing one is rare.
As a result, Mr O'Sullivan's fish is now said to be worth an estimated £40,000.


-berita dari forte

Tuesday 6 July 2010

Todak Info

Oarfish,juga dikenali sebagai Ikan Riben ( Ribbon Fish ) dan King Of Herrings kerana bentuknya yang panjang, spesis laut dalam yang boleh membesar sehingga 50kaki ( 15meter ) panjang dan seberat 600 paun( 272 kg ).

Spesis ikan laut dalam ini adalah ikan terpanjang di dunia yang hanya boleh di temui sekitar 66-1000kaki ( 20-300meter ) kedalaman laut. Ikan ini akan ke permukaan laut dan kadangkala ke pantai apabila ia sakit dan hampir mati, sebab itu ada kisah mitos zaman dahulu terdapat naga keluar dari permukaan laut.

Oarfish sepanjang 16kaki ( 4.8meter) telah ditemui di kawasan pantai Bermuda pada tahun 1860 dan ia telah digambarkan sebagai naga laut.

Antara gambar-gambar Oarfish:









-berita dari Forte

Thursday 1 July 2010

Todak News

Spesis Terancam Kepupusan.
ICUN ( International Union For Conservation Nature ) atau Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar  telah mengeluarkan senarai merah spesis yang diancam kepupusan. Di Malaysia flora dan fauna yang dikategori merah adalah 686 flora dan 225 fauna.Ini menyebabkan Malaysia berada di tangga ke-3 terbanyak selepas Ecuador dan Amerika Syarikat.

Spesis ikan yang tersenarai adalah 47 jenis spesis antaranya adalah:-

• Critically endangered (CE): Kritikal Terancam Kepupusan
1. Ikan Gergaji ( Sawfish ) knife-toothed, narrow snout, large tooth,

2. Pondicherry Shark

3. Betta persephone (Ikan Laga di Ayer Hitam, Johor)

Betta Persephone

4. Encheloclarias curtisoma (keluarga ikan keli yang dijumpai sekitar paya di Selangor)

 
• Endangered (EN): Terancam Kepupusan

1. Pari Lang ( mottled and ornate eagle rays )
Eagle Ray

2. Silver Shark ( antara ikan akuarium popular )
Silver Shark

3. Borneo Shark

Borneo Shark


Salted Borneo Shark

4. Napoleon Wrasse

Napoleon Wrasse

5. Kelisa ( Asian Arowana )
Asian Red Arowana

6. Temoleh( seven-striped barb )
Temoleh

7. Parosphromenus harveyi ( Ikan Laga-Gourami Family)
Parosphromenus harveyi

p/s : Diharap semua kaki pancing terutama sekali Geng Todak dapat bersama-sama memberi sokongan keatas pemuliharaan spesis ini dengan mengelak memancing atau menangkap serta melaksanakan 'tangkap dan lepas' .
-berita dari Mr. Presiden