There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Wednesday 23 December 2009

Monday 21 December 2009

Lokasi Memancing Di Malaysia

Perlis
• Timah Tasuh Lake

Kedah

• Tasik Pedu • Tasik Muda & Sungai Teling (Upper Muda)
• Sg. Kedah• Sg. Petani - Kg. Baru• Pulau Songsong• Pulau Telor• Pulau Bidan
• Pulau Bunting• Pulau Langkawi• Tuas• Kuala Kangkung

Perak

• Kinta Valley - Sungai Kinta • Pulau Sembilan • Pulau Tukun Perak
• Pulau Lalang • Pulau Jarak • Pulau Katak • Pulau Nipis • Pulau Agas
• Pulau Saga • Tasik Bersia • Tasik Temenggor - Banding Lake
• Tasik Kenering • Teluk Rubiah - Lumut • Sg. Ringat • Tasik Cenderoh
• Tasik Bukit Merah • Sg. Perak • Sg. Dinding • Pulau Pangkor
• Tanjung Tualang • Sg. Batang Padang • Sg. Singor • Chenderiang
• Tasik Changkat • Kuala Kurau • Tasik Air Ganda • Sg. Slim

Selangor

• Sungai Tengi• Sungai Merchang• Pantai Remis• Sungai Besar
• Kelang Gates Dam• Ulu Selangor• Semenyih• Kundang
• Pelasari Lake • Batang Berjuntal• Sungai Bernam • Sungai Sepang
• Pulau Angsa• One Fathom Bank• Pulau Tekukur• Jeram• Pulau Ketam
• Bukit Beruntung

Melaka

• Mahcap Baru• Pulau Besar• Pulau Dodol• Pulau Nangka
• Pulau Undan • Kuala Linggi • Semabok

Pahang

• Nenasi• Berserah • Taman Negara • Kuantan • Kuala Tahan
• Tembeling • Sungai Keniam• Cini Lake• Bera Lake
• Sungai Lipis • Sungai Jeram• Kenong Park• Sungai Pahang
• Paya Bungor Lake • Kuala Rompin • Merchong • Pulau Acheh
• Endau-Rompin National Park • Sungai Meranti

Kelantan

• Sungai Lebir • Kuala Koh • Sungai Nenggiri • Sungai Buang
• Sungai Golok

Terengganu

• Tasik Kenyir• Penarik• P. Tenggol • P. Sekijang• P. Pasir Takir
• P. Duyung • P. Perhentian• P. Lang Tengah • P. Redang
• P. Bidung Laut• P. Gemia Gem Isles• P. Kapas• P. Besar
• P. Tengah• P Lima

Sabah

• Sungai Kinabatangan• Sungai Kalabakan - Tawau• Danum Valley
• Sandakan (Sugut)• Kota Kinabalu (Sejati) • Sungai Meruap (Lahad Batu]
• Ardasier• P. Sipidan • P. Bumbun • P. Tabawan • P, Timbun Mata
• P. Tambisan • P. Puru Puru • P. Jombongan • P. Sulung• P. Manukan
• P. Mamutik• P. Sapi• P. Layang Layang• P. Tiga Park
• P. Kelampunian Besar• P. Kelampunian Damit• P. Tiga
• P. Selingan• P. Gulisan• P. Bakkungan Kecil

Sarawak

• Sungai Rejang• Kuching• Bintulu - Berting Merpati
• Batang Ai• Tanjung Datu• Lundu• Sungai Miri• Sibu
• Miri• P. Talang Talang

Labuan
• P. Kuraman• P. Burong• P. Papan• P. Rusukan Besar
• P. Rukusan Kecil• P. Daat

Friday 18 December 2009

Haiwan Air Pelik


BLOB FISH
Ikan ini dinamakan Blob Fish sebab ia lembik seperti agar-agar dengan ketumpatan kurang sedikit daripada air tempat ia diami.Ini membolehkan ia kekal terapung.Habitatnya di dasar laut dan akan memakan apa saja yang terapung melintasinya.

Ikan LUTSINAR
LOS ANGELES – Sekumpulan saintis cuba menyelesaikan misteri yang berusia 50 tahun terhadap seekor ikan ganjil yang mempunyai dua mata di hadapan kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.Ikan itu turut mempunyai bahagian kepala yang lut sinar dan hidup di dasar laut dalam.
Ahli-ahli biologi di Institut Akuarium Teluk Monterey, California di Amerika Syarikat (AS) menggunakan video untuk mengkaji pergerakan mata ikan ganjil itu.
Pada kebiasaannya ikan mempunyai mata di sisi badan sekali gus mampu melihat apa yang berlaku di sekeliling kawasan haiwan itu.Ikan ganjil itu mempunyai mata di depan kepala sama seperti manusia.
Namun, saintis-saintis itu mendapati mata ikan tersebut boleh bergerak ke dalam bahagian lut sinar di kepalanya bagi membantunya mengesan pencari mangsa dan makanan.


NAGA LAUT
Naga Laut seolah-olah ditutupi oleh daun dan ia membuatkan ia sukar dikesan.Ditemui di perairan Australia pada tahun 1982 dan diletakkan sebagai haiwan dilindungi.



IKAN HODOH
Mortimer, pemberi maklumat yang berkhidmat untuk akhbar Bild Jerman, amat terkejut apabila ternampak ikan yang rupanya begitu menggerunkan ini di sebuah akuarium di Sydney baru-baru ini.

Mortimer telah mengunjungi banyak akuarium di merata-rata tempat di dunia untuk mengambil gambar pelbagai spesies ikan. Bagaimanapun, menurutnya, inilah kali pertama dia menemui seekor ikan yang rupanya begitu pelik dan menakutkan.
Dilihat dari rupanya, ikan ini mungkin seekor belut laut. Disebabkan insangnya sangat kecil, ikan jenis ini hanya boleh menggunakan mulutnya yang cukup besar ini untuk "mengepam" air supaya masuk atau keluar dari tubuhnya.




CHINESE GIANT SALAMENDER
Salamender Gergasi China ini merupakan haiwan amfibia akuatik yang boleh didapati di tasik-tasik di Amerika Syarikat, Jepun dan China. Chinese Giant Salamender atau nama sainstifiknya Andrias davidianus boleh mencapai 1.8 meter ( 5'9" ) panjang dan kajian mendapati ia boleh hidup sehingga 50tahun.

Thursday 17 December 2009

PERTANDINGAN MEMANCING

Ayuh Geng Pancing kita sahut cabaran Pertandingan Memancing di Tasik Ampang Hilir.

CABARAN Tasik Ampang Hilir, Ampang, KL

Tarikh: 10 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Taman Tasik Ampang Hilir, Ampang, KL (dekat Tesco Ampang).

Juara: RM20,000, kedua RM9,000, ketiga RM4,000, keempat RM1,000, kelima RM700, keenam RM400, ketujuh RM300, kelapan RM200 dan kesembilan - 20: RM100.

Juara spesis: Arapaima (RM3,000), Toman (RM150), Belida (RM200), Tilapia (RM100), Jelawat (RM300), Rohu (RM150), Tongsan (RM100), Kap Rumput (RM200) dan Kalui (RM100). Ikan layak bagi juara keseluruhan.

Kategori khas keli: 1:RM300 2:RM200 3:RM100 - tidak layak juara keseluruhan.

400 Peserta pertama mendaftar akan menerima baju-T. Pendaftaran mula dibuka pada 9 Januari 2010 (Sabtu bermula jam 12 tengah hari). Yuran RM80 satu joran.Mata pancing bebas dan bol dalam mulut.

Pertanyaan tel: 013-3113911( WAKJALI Invent Management )

Wednesday 16 December 2009


Geng Pancing jangan lupa saksi perlawanan akhir bolasepak sukan sea 2009 diantara Malaysia vsVietnam di TV3 dan TV2 pada pukul 5.45 petang ini ( 17Dis.2009 ).Ayuh sama-sama kita berikan sokongan dan doa untuk pasukan bawah 23 tahun kita dan semoga kemarau pingat emas selama 20 tahun ini berakhir pada malam ini.
 vs


Skuad Bawah 23 tahun Malaysia.

Info Semilang

Terdapat 3 jenis sembilang yang biasa ditemui di negara kita iaitu sembilang sungai, sembilang karang dan gemang. Gemang adalah spesies berkepala lebih besar dari sembilang biasa dan berkulit cerah sedikit. la merupakan spesies yang lebih besar dari sembilang biasa. Barisan giginya lebih kasar. Ramai berpendapat sembilang apabila besar dipanggil gemang. Sebenamya gemang cuma tergolong dalam keluarga sembilang. Dari kecil, kedua-dua spesies ini sudah mempunyai perbezaan 'rupa' tetapi mempunyai sifat yang lebih kurang sama.



Sembilang karang (Plotosus lineatus) lebih kecil dari sembilang biasa dan gemang. la berkulit gelap, mempunyai jalur cerah di badan dan kulitnya lebih cantik dan menarik dari abang-abangnya. Namun begitu anda jangan terpedaya kerana ia mempunyai sengat yang lebih kuat dari abangnya walaupun berbadan kecil.

Keluarga sembilang mempunyai 3 duri, satu di sirip atas dan sepasang di kiri dan kanan yang tajam atau lebih dikenali sebagai sengat berbisa yang cukup membuatkan mangsa berperang dengan kesakitan lebih kurang 3 hari.Sengatnya tersembunyi di sebalik deretan sirip yang lembut seolah-olah ia tidak mempunyai duri yang keras lagi tajam.

la mempunyai 4 misai di bahagian atas bibir mulutnya yang keras manakala 4 lagi di bawah bibir mulut yang bergigi halus tapi tajam. Misai atau sesungutnya (maxillary barbel) di bahagian paling tepi hampir mengenai sirip dan sengat di kiri dan kanannya yang kesemuanya 4 pasang. Sesungut digunakan sebagai alat pengesan (deria bau) untuk mengesan kehadiran mangsa dan makanan terutama pada waktu malam dan di air yang keruh.

Habitat Dan Sifat

Bagaimanapun ketika air surut, spesies ini gemar kepada kawasan bertunggul kayu atau yang mempunyai reba di dasar muara sungai, di kawasan jeti pemunggahan ikan dan dermaga asalkan mempunyai struktur pelindung. Masa ini, ia dikatakan kurang aktif (makan) atau lebih kepada berehat sementara menanti pergerakan air pasang. Bagi mereka yang biasa menyelam di persisiran pantai, kadang-kala anda boleh jumpa sederet ikan sembilang yang jumlahnya melebihi 30 ekor berselindung di belakang kayu.

Ikan sembilang bergerak secara berkumpulan yang besar dan sesetengahnya dilaporkan sehingga beratus ekor. la juga gemar mendiamkan diri pada air yang agak dalam walaupun sifatnya gemar mencari makanan di air cetek. Sembilang karang pula mudah diperolehi di kawasan batu karang atau kawasan pantai Semenanjung.

Sumber:http://pancingngail.blogspot.com/

Trip D'Sangkar 2

TELUK GONG 15 Dis.-Geng Pancing sekali lagi ke Rumah Rakit D'Sangkar di Teluk Gong, Klang untuk mencuba nasib, tetapi Geng Pancing masih kecewa kerana hasil tangkapan tidak seberapa.Mungkin atas faktor cuaca yang kurang sesuai,pada ketika ini hujan turun sekejap-kejap dan arus yang agak laju menyebabkan ikan tiada dan kurang minat terhadap umpan udang hidup yang berikan.


Walaubagaipun Geng Pancing sedikit terubat dengan beberapa tangkapan ikan jenis Gemang ( semilang ), duri dan gelama.







Sunday 13 December 2009

Jenis Ikan Laut Di Malaysia

Sebagai panduan kepada Geng Pancing.


Aji-Aji

Alu-Alu


Haruan Tasek

Aya Hitam

Bayan


Belitong


Cupak

Daun Biru

Ebek


GT

Ibu Kerisi


Jenahak

Kaci

Kertang


Layaran

Mayong

Merah

Pari Daun

Pari Karang

Pisang-Pisang
KENT - Seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun, Jessica Wanstall mencipta satu rekod baru apabila dia memancing ikan air tawar gergasi dengan berat lebih 90 kilogram dan panjang hampir 2.8 meter, lapor sebuah akhbar semalam.
Bapanya panik apabila melihat Jessica tiba-tiba diseret ke tebing sungai itu apabila ikan tersebut memakan umpan jorannya tetapi bergegas membantu anaknya.
Pelajar di sebuah sekolah rendah Britain itu berpeluh selama 20 minit sebelum berjaya menaikkan ikan tersebut dengan bantuan bapanya ketika mereka memancing di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.
"Tangan saya kebas ketika cuba menaikkan ikan itu dan tidak pernah berasa amat letih sebelum ini tetapi bapa saya membantu mengangkat ikan itu ke tebing sungai," jelasnya.
Jessica yang memiliki ketinggian 1.4 meter dengan berat 36.1 kilogram kelihatan kerdil berbanding ikan gergasi tersebut.
"Saya hanya menyedari betapa besar ikan tersebut sewaktu melihat gambarnya selepas itu," kata Jessica.

Menurut bapanya yang berusia 49 tahun, pengunjung dan pemancing lain di sungai itu turut terkejut menyaksikan saiz ikan itu apabila ia dinaikkan ke darat.
Jessica kini memegang rekod kanak-kanak yang pernah mendapat ikan air tawar terbesar di Eropah.




- Agensi
Sumber: Kosmo Online

Suami Gantung Joran Jika Isteri Hamil?

KEPERCAYAAN melarang suami memancing apabila si isteri mengandung sudah menjadi satu daripada budaya masyarakat Melayu sejak berzaman dulu lagi.
KEPERCAYAAN melarang suami memancing apabila si isteri mengandung sudah menjadi satu daripada budaya masyarakat Melayu sejak berzaman dulu lagi.

Menurut pandangan Tok Daing Mahadi, nelayan berusia 89 tahun dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor ketika ditemui penulis beberapa bulan lalu, bahawa kepercayaan itu diada-adakan oleh isteri serta keluarga kedua-dua pihak. Larangan supaya suami tidak turun memancing ketika isteri hamil adalah kerana bimbang bayi yang bakal lahir akan mendapat kecacatan seperti mulut sumbing, badan bersisik ataupun ada tabiat menyukai air dan pelbagai lagi gambaran atau andaian buruk yang semata-mata untuk menakutkan suami.
Larangan ini terus dipercayai oleh mereka yang benar-benar bimbang kelahiran anak pertama mendapat cacat. Tetapi bagaimana dengan nelayan yang bergantung hidup sepenuhnya pada pada hasil tangkapan atau hasil pancingan ikan di laut, sungai atau tasik? Apakah mereka turut tidak turun ke laut sepanjang tempoh isteri hamil?

Tok Daing Mahadi mempunyai kepercayaan sendiri lalu menyerahkan takdir ini kepada Allah. Nelayan terus turun ke laut untuk mencari rezeki walaupun isteri berbadan dua atau hamil dan Alhamdulillah bayi yang lahir berada dalam keadaan cukup sifat (tidak ada sebarang kecacatan).
Begitu juga dengan pandangan seorang tokoh agama dari Besut, Terengganu Tuan Haji Embong yang tidak menolak kepercayaan ini adalah satu ikhtiar untuk menyekat suami dari turun memancing ketika isteri hamil. Ini bukan pandangan ulama atau ajaran agama Islam. Justeru hakikat ini tidak harus dijadikan amalan untuk menghalang suami turun ke laut mencari rezeki.
Namun ada kepercayaan berikutan berlaku kelahiran bayi cacat seperti sumbing bibir kerana suami dikatakan mengoyak mulut ikan ketika mengeluarkan mata kail yang menelan umpan lalu cerita itu dikaitkan dengan cacat anak yang lahir itu sebagai bukti yang terus dipercayai hingga hari ini.

Untuk itu, sebagai umat Islam kita harus menyedari bahawa Allah tidak menghalang hamba-Nya keluar mencari rezeki yang halal walau dalam keadaan isteri hamil. Cuma atas rasa simpati jika mahu diterjemahkan sebagai kasih sayang pasangan suami isteri, maka suami akan terus berada di samping isteri pada saat-saat diperlukan. Perasaan kasih sayang begini juga dituntut oleh agama dan mendapat pahala dari Allah. Namun itu juga bukan satu petua yang terus menghalang turun ke laut ketika isteri hamil. Sesungguhnya Allah maha berkuasa lagi maha bijaksana.
sumber: Joran, Berita Harian.

Berita JORAN-Elak Memakai Cincin Berbatu Ketika Memancing

MEMAKAI cincin berbatu sama ada nilam, zamrud, delima, batu serai, kayu tas dan sebagainya mempunyai keistimewaannya tersendiri serta si pemakai kelihatan gah. Bagaimanapun, jika anda memakainya ketika memancing.... anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong. Benar atau tidak, terpulanglah... mungkin juga ia secara kebetulannya.

MEMAKAI cincin berbatu sama ada nilam, zamrud, delima, batu serai, kayu tas dan sebagainya mempunyai keistimewaannya tersendiri serta si pemakai kelihatan gah.
Bagaimanapun, jika anda memakainya ketika memancing.... anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong. Benar atau tidak, terpulanglah... mungkin juga ia secara kebetulannya.

Bagi seorang pemancing tegar, Mohd Suffian Hassan dari Melaka, beliau mempunyai pengalaman memancing dengan memakai cincin berbatu serai dan kayu tas, di mana tiada sebarang tangkapan diperoleh ketika mengikuti trip menjejak kelah di Lubuk Kaloi, Taman Negara Kuala Koh, baru-baru ini.
Bukan beliau saja, tidak memperoleh sebarang tangkapan... malah beberapa rakan yang mengikuti trip berkenaan turut pulang dengan tangan kosong. Sudah puas pelbagai umpan termasuk buah ara masak ranum, kelapa sawit peram dan ..... digunakan, namun tiada sebarang reaksi daripada Raja air tawar berkenaan.
Begitu juga menyamar, berpakaian hitam dan bersembunyi di belakang pokok ketika memancing kelah, namun masih gagal. Bahkan, dalam trip itu tiada seorang pun pemancing memperoleh ikan sama ada kelah, lampam sungai, kerai mahupun kejor.
Selepas diperiksa, seorang pemancing menunjukkan sebentuk cincin berbatu kayu tas.
Tindakannya itu, menyebabkan seorang pemancing veteran marah dan kecewa, lalu menasihatkan rakannya itu supaya tidak memakainya ketika menyertai trip pada masa akan datang.




sumber: Joran, Berita Harian.

Teknik Memasang Umpan Cacing

TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.
TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.
Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut


Trip d'SANGKAR

Pada 8-9 November 2009,Geng Pancing telah mencuba nasib di Rumah Rakit D'Sangkar di Teluk Gong, Klang, Selangor.Pada hari tersebut cuaca amat baik walaupun di musim hujan ketika ini ,seolah-olah mengerti ada aktiviti memancing bakal diadakan.Balingan pertama joran oleh geng pancing tepat pukul 5.00 petang.Sementara sabar menanti joran lentur disambar ikan,Ajk Makanan ( Chef Nasir ) kita sibuk menyediakan makanan malam.Menu Geng Pancing pada malam itu adalah Kari Ayam,syabas Chef Nasir yang telah bertungkus-lumus membawa rencah-rencah masakan dan periuk belanga dari rumahnya.

Aktiviti baling-membaling joran dan dan menyangkut umpan udang hidup masih giat dijalan oleh Geng Pancing namun nasib belum menyelebelahi.Tepat pukul 8.40 malam joran merah berpuaka En. Mahzan melentur menandakan ikan sudah termakan umpan.Ikan seberat 1.5kg berjaya dinaikkan bersama-sama semangat Geng Memancing untuk terus gigih dan bersengkang mata.

Mahzan bersama tangkapannya dan akan dibuat lauk makan tengahari


Hazman sedang menimbang ikan untuk mengenalpasti berat ikan yang perlu diatasinya selepas ini.



Mazlani bersama tangkapannya



Rahim masih sabar menanti ikan pari seberat 10kg.

Pada keesokan hari 9 November 2009, nasib masih tidak menyebelahi Geng Memancing,hanya ikan bersaiz kecil yang mengena.Geng Pancing bertolak pulang pada pukul 5.00 petang dan kemungkinan kamai akan kembali lagi untuk mencuba nasib.
2/5 Bintang untuk D'Sangkar.