There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Thursday 25 March 2010

Berita Pancing

Ikan Todak ( Swordfish)

Todak, terbayang kita ikan yang mempunyai muncung yang tajam seolah-olah sebilah pedang terhunus dan bersedia untuk berperang.Ini terbukti dengan beberapa kejadian ikan todak menyerang manusia dan antara yang masih dingati oleh saya ialah kejadian di Kampung Limau Limauan di Daerah Kudat, Kota Kinabalu, dimana Azlie Mantipan yang diserang dan ditikam di dada oleh todak seberat 7kg ketika memancing dan beliau meninggal ketika di hospital.Kejadian lain pula adalah seorang pemancing di Langkawi, Kedah, Adnan Walib, 39 tahun yang tercedera di kepala akibat tercucuk muncung ikan todak.Menurut kejadian ketika beliau menggunakan lampu suluh untuk menyuluh air dan tiba-tiba ikan todak melompat dan tercucuk di bahagian kiri kepalanya dan beliau juga meninggal di hospital serta beberapa kejadian-kejadian serangan lain.

Swordfish
Ikan Todak ini juga mengingatkan saya kepada cerita dongeng orang melayu, khususnya di Singapura sehingga ceriteranya terdapat didalam buku teks sekolah kita.
Ceritanya tentang kezaliman seorang raja di Singapura, yang menghukum bunuh ulama dari Negara Pasai, Tun Jana Khatib dan sebelum mati beliau telah menyumpah Singapura akan menjadi huru-hara dan antaranya ‘Dilanggar Todak’ dan menyebabkan ramai rakyat mati ditikam oleh ikan todak ini sehinggalah diselamatkan oleh seorang budak berusia 10 tahun yang bijaksana iaitu Hang Nadim. Atas nasihat Hang Nadim ini, Raja telah mengarahkan pokok pisang ditanam di pinggir pantai yang bertindak sebagai benteng menahan tusukan ikan todak.Atas kebijaksanaan Hang Nadim ini, beliau juga dibalas dengan hukuman bunuh oleh Raja Singapura atas alasan kebijaksanaannya akan mengugat kedudukan raja apabila ia besar kelak.

Dengan cerita Hang Nadim dan beberapa kejadian serangan todak sekarang,mungkinkah dogengan “Singapura DiLanggar Todak” ini benar-benar berlaku. Ini dikuatkan lagi dengan adanya nama jalan dan kampung di Singapura mengambil sempena nama Tun Jana Khatib iaitu ulama yang dihukum bunuh oleh Raja sebelum Singapura diserang todak.

Ikan todak ini selalunya dianggap ikan Marlin kerana sifat fizikal hampir sama,iaitu mempunyai muncung tetapi ianya berlainan jenis, Todak adalah Swordfish dan Marlin digelar Spearfish.

Todak atau nama saintifiknya (Xiphias gladius) adalah sejenis ikan laut yang rahang atas dan muncungnya memanjang berbentuk seperti pedang pipih dan kuat berukuran hampir sepertiga panjang badan ikan tersebut. Tubuh ikan todak panjang membulat dapat mencapai 2 – 4.6 m dan dapat membesar hingga 650 kg, kulitnya licin tidak bersisik, bahagian atas tubuhnya berwarna keunguan atau kebiruan dan bahagian bawah tubuhnya keperakan.Todak banyak dikawasan beriklim tropika. Ikan todak adalah satu-satunya anggota famili Xiphiidae.
Rangka Todak yang terdapat di National Museum of Natural History di Washington,US.

Muncung todak bukanlah digunakan untuk menyerang mangsanya tetapi membuatkan todak lebih lincah dan laju ketika berenang.Muncung ini dapat membantu ikan ini mengejar mangsanya dan ia mampu berenang selaju 80km/j. Ikan todak bukan ikan yang hidup berkelompok. Mereka berenang sendirian dan dalam satu kelompok yang jauh, iaitu sekitar 10 meter. Ikan Todak ini sering mencari makanan di permukaan air dan gemar melompat-lompat mengejar mangsanya dan tabiat melompat keluar dari permukaan air ini menjadikan ia satu pengalaman yang indah jika kita terserempak dengan ikan Todak ini.



No comments:

Post a Comment