There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Friday 12 March 2010

Berita Pancing

Mengenali Ikan Temoleh( Malaysian Carp )

Geng Pancing pada kali ini kita akan mengenali satu lagi spesis ikan air tawar yang di kategori hampir pupus ( endangered species) iaitu Ikan Temoleh atau Ikan Temelian.Kegiatan memancing berlebihan,menuba dan mengaran ( menggunakan kuasa elektrik ) dipercayai punca ikan ini hampir pupus.

Ikan Temoleh atau nama lain seperti Golden Carp,Ikan Minnow ,Seven Striped Barb dan nama saintifik bagi ikan ini adalah Probarbus Julleini.
Ikan ini terdapat di sungai-sungai di Asia Tenggara seperti di Loas,Thailand,Vietnam,Kemboja dan di Malaysia.

Saiz ikan ini yang besar dan boleh mencecah 60kg.,dan disebabkan saiznya yang besar,ianya hanya terrdapat di sungai-sungai yang besar.Di Malaysia ikan Temoleh ini terdapat di sungai-sungai di Perak dan Pahang.

Kawasan yang biasa ditemui ikan ini adalah sungai yang berarus laju seperti di Sungai Tembeling,Jerantut, Pahang dan sebahagian Sungai Perak di daerah Kuala Kangsar.
Temoleh dikatakan pejuang yang tak mengenal erti kalah.Mungkin pertarungannya sehebat mahseer di Sg. Cauvery, India tetapi yang nyata lariannya akan memberi tentangan sengit kepada pemancing bertuah.
Berbekalkan tenaga dan saiznya yang besar, ia sudah cukup menggerunkan pemancing.Oleh itu, anda perlu bersiap-sedia dengan peralatan pancing aksi berat ataupun sederhana berat dengan tali berketahanan sekurang-kurangnya 25 paun.

Ikan Temoleh 52kg di Sungai Semantan,Temerloh
sumber: berita harian

Mulutnya yang menjulur keluar (seperti Ikan Kelah dan Lee Koh) menunjukkan sifatnya yang 'pemalu' dan suka mencari makanan di dasar. Ini mungkin salah satu sebab mengapa ikan ini amat sukar dipancing .Apabila tiba musim mengawan (biasanya pada masa musim tengkujuh), ikan ini akan mudik ke hulu sungai yang cetek untuk bertelur.

Bahagian belakang badan temoleh ini boleh dilihat timbul di permukaan air sewaktu  ikan ini ke hulu, malah ia turut dikatakan berlawan sesama sendiri sehingga boleh didengari penduduk kampung yang berada tepi sungai. Bagi pemancing umpan siput gondang atau siput sungai yang banyak di tepi-tepi sungai selalunya digunakan, kerana menurut mereka ikan ini jarang menolak umpan yang seenak ini,selain daripada itu udang,cacing dan buah betik dan pisang tua juga menjadi kegemaran ikan ini.

Jabatan Perikanan perlu mengambil inisiatif bagi memulihara spesis ini seperti mewujudkan santuari ikan ini agar generasi muda berpeluang mengenali spesis hebat ini.

No comments:

Post a Comment