There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Wednesday 16 December 2009

Info Semilang

Terdapat 3 jenis sembilang yang biasa ditemui di negara kita iaitu sembilang sungai, sembilang karang dan gemang. Gemang adalah spesies berkepala lebih besar dari sembilang biasa dan berkulit cerah sedikit. la merupakan spesies yang lebih besar dari sembilang biasa. Barisan giginya lebih kasar. Ramai berpendapat sembilang apabila besar dipanggil gemang. Sebenamya gemang cuma tergolong dalam keluarga sembilang. Dari kecil, kedua-dua spesies ini sudah mempunyai perbezaan 'rupa' tetapi mempunyai sifat yang lebih kurang sama.



Sembilang karang (Plotosus lineatus) lebih kecil dari sembilang biasa dan gemang. la berkulit gelap, mempunyai jalur cerah di badan dan kulitnya lebih cantik dan menarik dari abang-abangnya. Namun begitu anda jangan terpedaya kerana ia mempunyai sengat yang lebih kuat dari abangnya walaupun berbadan kecil.

Keluarga sembilang mempunyai 3 duri, satu di sirip atas dan sepasang di kiri dan kanan yang tajam atau lebih dikenali sebagai sengat berbisa yang cukup membuatkan mangsa berperang dengan kesakitan lebih kurang 3 hari.Sengatnya tersembunyi di sebalik deretan sirip yang lembut seolah-olah ia tidak mempunyai duri yang keras lagi tajam.

la mempunyai 4 misai di bahagian atas bibir mulutnya yang keras manakala 4 lagi di bawah bibir mulut yang bergigi halus tapi tajam. Misai atau sesungutnya (maxillary barbel) di bahagian paling tepi hampir mengenai sirip dan sengat di kiri dan kanannya yang kesemuanya 4 pasang. Sesungut digunakan sebagai alat pengesan (deria bau) untuk mengesan kehadiran mangsa dan makanan terutama pada waktu malam dan di air yang keruh.

Habitat Dan Sifat

Bagaimanapun ketika air surut, spesies ini gemar kepada kawasan bertunggul kayu atau yang mempunyai reba di dasar muara sungai, di kawasan jeti pemunggahan ikan dan dermaga asalkan mempunyai struktur pelindung. Masa ini, ia dikatakan kurang aktif (makan) atau lebih kepada berehat sementara menanti pergerakan air pasang. Bagi mereka yang biasa menyelam di persisiran pantai, kadang-kala anda boleh jumpa sederet ikan sembilang yang jumlahnya melebihi 30 ekor berselindung di belakang kayu.

Ikan sembilang bergerak secara berkumpulan yang besar dan sesetengahnya dilaporkan sehingga beratus ekor. la juga gemar mendiamkan diri pada air yang agak dalam walaupun sifatnya gemar mencari makanan di air cetek. Sembilang karang pula mudah diperolehi di kawasan batu karang atau kawasan pantai Semenanjung.

Sumber:http://pancingngail.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment