There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Thursday 16 December 2010

TRIP PANTAU PORT PANCING :

UDANG GALAH TELUK INTAN ( 3 DIS.2010 )

Salam kepada semua Ahli GTodak. Sebagaimana maklum, satu trip pantau (riki2 & rece2) port pancing telah dibuat sebagai mengisi Kalendar 2010 Blog GTodak. Pada kali ini trip udang galah telah dibuat di Teluk Intan (Sg. Perak) atas cadangan ber’racun’ oleh saudara Mazlani . Trip kali ini hanya disertai oleh 4 ahli sahaja berikutan ramai ahli lain terlalu sebok dengan kenduri –kendara dan cuti-cuti ala Malaysia (sempena cuti sekolah).

Tujuan utama trip adalah bagi membuat perbandingan port-port pancingan udang galah yang terkenal di sekitar tanah air. Cerita-cerita kehebatan udang galah Teluk Intan telah terlalu kerap kami dengar, oleh itu trip kali ini akan membuktikan samada cerita tersebut adalah benar atau sekadar omongan kosong ‘kedai kopi’ sahaja.

Menara Condong Teluk Intan
Jika dilihat pada situasi semasa, sengaja kami memilih waktu yg kurang sesuai (musin hujan ) & bukan musim udang galah kerana sekiranya hasil tangkapan tidak memberangsangkan, ada elemen-elemen lain yg boleh dipersalahkan. Trip kali ini juga merupakan trip pancingan malam sebagaimana disarankan oleh pemancing udang tegar teluk intan kerana dipercayai udang galah yg mencari makan di waktu malam bersaiz lebih besar berbanding pada siang hari.

Ketibaan di jeti Kg. Esso (bukan nama sebenar) disambut oleh tekong Man yg telah lama dikenali oleh salah seorang daripada kami, juga merupakan Otai di kawasan ini. Dengan menggunakan 2 bot yang juga disertai Tekong Syam , lebih kurang jam 9 malam, kami mula memudik hulu dan bersetuju untuk memancing secara berkumpulan. Port pertama yg dikunjung adalah di Batu 5 dan kawasan berhampiran Jambatan Teluk Intan.

Rupabentuk Sg. Perak - Bahagian bandar Teluk Intan
 Arus pada tarikh ini agak perlahan walaupun paras air sungai masih agak tinggi, sedikit sebanyak membantu kami untuk memancing dengan selesa. Atas pengalaman Tekong, banyak port dan lubuk udang galah telah diterokai dan berjaya membuahkan hasil. Tekong di sini biasanya akan melabuhkan sampan di sekitar lubuk, justeru itu para pemancing tidak perlu untuk membuat balingan jauh, cukup sekadar melepaskan umpan terus ke bawah atau sekitar radius 2 meter sekeliling sahaja. Bagaimanapun faktor arus air dan laluan sampah adalah diambil kira kerana banyak memberikan gangguan.

Foto 1: Jeti Kg Esso (Gelaran)    Foto 2:  Boat yang digunapakai    Foto 3: Tekong Man dan Zul GTodak

Trip kali ini berakhir pada jam 8 pagi dengan hasil yg sangat memberansangkan. Sepanjang malam pancingan tidak membosankan kerana sentiasa sibuk dengan getuan udang & ikan duri, secara lansung tidak memberikan peluang kepada kami untuk tidor.

Foto 4  :  Masing-masing dengan Sepit Biru yang berjaya dinaikkan.
 Kerajinan tekong untuk kerap berpindah port juga menyumbang kepada ketidakbosanan kami. Semoga hasil pancingan udang galah kali ini akan dapat me’racun’ ahli-ahli GTodak lain untuk bersama-sama dalam trip berikutnya. Terima kasih kepada Tekong Man & Syam yang banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar
Foto 5  : Kebanyakkan hasil Udang Galah yang bersaiz kasar (Jenggo) di perolehi pada
waktu malam.setelah hari siang, rata-rata yg bersaiz udang maggi sahaja diperolehi.
Hasil yang agak berbaloi setelah  semalaman menahan ngantuk dan lenguh (terlalu lama duduk).

Foto 6 : Jumlah tangkapan semalaman dan dibahagikan sama rata....
Awat??? Tak puashati ke? Brani turun la lagi.
Lagi gambar dan foto trip boleh dilihat pada Laman Blog ini pada bahagian Aktiviti GTodak (Fishing Trip). Selamat Maju Jaya... Kita bertemu lagi di Teluk Intan... ada repeat tau..GTodak lain tk puas hatiiii..'kena racunnn'.
 
Artikel Oleh:  Cheli'

3 comments:

  1. Amacam geng!!! anda berminat nak join next trip?? Ni kira bukan musim & air tk cantek... kalau ngam semua faktor di atas 'Perghhhh...' bayangkanlahh..

    ReplyDelete
  2. Fuyoooooo.....marvelloussesss!!

    ReplyDelete
  3. Nice catch.. like this.

    ReplyDelete