There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Tuesday 15 February 2011

CORETAN SESSI ULANGAN MENJENGGO DI TELUK INTAN

oleh: Forte
Pada hari sabtu lepas 12 Febuari 2011 acara ulangan(repeat) menjenggo( udang galah bersaiz besar) dan saya di ajak oleh Cheli dan Panjang untuk merasai sekali lagi mengail udang galah di Sungai Teluk Intan. Pada mulanya agak keberatan kerana mengenangkan keadaan malam yang gelap dan ditemani oleh nyamuk-nyamuk ganas.Tetapi atas desakan tersebut saya pun bersetuju.
Pada trip mengail udang galah kali disertai oleh Cheli, Panjang,Man(ahli baru Gtodak ) dan saya sendiri.

Kami berempat bertolak dari KL pada pukul 6.00petang dalam keadaan hujan lebat dan kami merasa kecewa sedikit kerana kemungkinan kami akan mengail undang dalam keadaan basah dan arus sungai akan menjadi deras.

Kereta yang dipandu Panjang tepat tiba di Pekan Teluk Intan jam 9.00malam dan kami merasa amat lega kerana cuaca di Teluk Intan baik dan langit cerah diterangi oleh cahaya bulan dan bintang.

Setelah singgah di kedai 7-11 untuk membeli bekalan dan menikmati makan malam di pekan Teluk Intan kami pun bertolak ke Jeti Kampung Esso dan kami disambut oleh Tekong Kayoub @ Man.

Setelah menunggu keadaan air yang sesuai, kami pun mula memudik sungai pada pukul 11.00malam dengan menaiki bot gentian fiber.Saya dan Cheli berkongsi satu bot dengan Tekong Azmi manakala Panjang dan Man dengan bot yang lain dan ditemani Tekong Kayoub.

Dengan berbekalkan umpan udang segar yang disauk oleh tekong pada sebelah petang tadi, kami memulakan expedisi ke lubuk-lubuk udang galah.

Lubuk pertama yang dituju adalah berdekatan dengan Jeti membaiki kapal dan ternyata ia membuahkan hasil dengan tekong kami memperolehi 5-6 ekor udang disini dengan menggunakan rod 9’ teleskopik buatan sendiri.

Kemudian banyak lagi lubuk-lubuk udang galah kami terjah dan hasilnya juga tidak mengecewakan tetapi jam sudah pukul 1.00pagi, saya masih belum lagi merasa tarikan udang galah ini. Setelah mempelajari teknik-teknik mengail udang galah daripada tekong Azmi barulah saya mula berjaya menaikkan udang galah.

Dengan bantuan cahaya lampu kepala Jalan Pasar dan semburan anti nyamuk jenama doraemon kami meneruskan perjuangan dari lubuk ke lubuk dan setiap lubuk pastinya ada udang dinaikkan.

Bila hari mula cerah kami bergerak ke lubuk terakhir iaitu Kampung Pasir dan menurut tekong Azmi di situ belum pernah lagi mengecewakan si pemancing udang dan hati menjadi tidak sabar untuk melabuhkan kail di situ tetapi malangnya baru separuh jalan engin bot kami tiba-tiba terhenti dan setelah mencuba untuk membaikinya ia ternyatakan gagal.

Bot kami terpaksa ditunda oleh bot Tekong Kayoub yang membawa rakan kami Panjang dan Man. Hampir 30minit kami ditunda barulah tiba di Jeti Kampung Esso.

Walaubagaimanapun kami masih belum patah semangat untuk mencuba lagi di tepian sungai berhampiran jeti dan Cheli berjaya naikkan 2 ekor lagi udang galah bersaiz kecil tetapi saya pula asyik menukar kail baru akibat putus digigit oleh sang buntal. Ternyata tali jenis tangsi tidak boleh digunakan di siang hari , jadi jikalau ada geng yang ingin mengail udang galah disini, pastikan guna tali jenis sulaman.

Pada pukul 10.00pagi kami menghentikan mengail udang galah ini dan hari pun mula panas dan segala penat lelah,menahan ngantuk dan lengguh-lengguh badan akibat duduk telalu lama berbaloi dengan hasil mencecah 6kg dan trip ini lebih lumayan daripada trip yang dibuat sebelumnya.



Itu sahaja coretan kali ini di harap ada geng lain yang berminat untuk menyertai acara menjenggo ini di masa hadapan.sekian.: Forte



No comments:

Post a Comment