There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Thursday, 29 April 2010

News Update

SELAMAT HARI PEKERJA 2010
1 Mei 2010


Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi
kepada seluruh warga Geng Todak

Tuesday, 27 April 2010

Todak Info

Transparent Water Creatures
Barreleye Fish

Crocodile Icefish

Glass Frog

Glass Squid

Jelly Fish

Larval Shrimp

Monday, 5 April 2010

News Update

Aktiviti Mencandat Sotong
Pada 8-10hb Mei 2010 bakal dianjurkan aktiviti Mencandat Sotong di Kuala Terengganu.
Kepada Geng yang berminat boleh menghubungi En. Shahrizan untuk pendaftaran dan info mengenai aktiviti ini.
selamat mencandat....
dari meja presiden

News Update

Ikan Terbang ( Flying Fish )
Exocoetidae, atau Flying Fish terdapat hampir kesemua lautan terutama sekali di kawasan tropika.Terdapat lebih 40 jenis spesis ikan terbang ini telah dikenalpasti.Ciri-ciri menarik ikan ini adalah di siripnya yang besar dan menyerupai sayap.Ini membolehkan ia melonjak keluar dari permukaan air dan meluncur di udara untuk mengelak daripada pemangsanya.

Flying Fish

Ikan yang berbentuk aerodinamik atau berbentuk torpedo ini membolehkan ia berenang selaju 60km/j untuk ia melompat keluar dari air setinggi 4kaki ( 1.2meter) dan meluncur di udara sejauh 200meter dan apabila ia jatuh semula ke permukaan air ia dapat meluncur semula dengan mengepak ekornya serta dapat meluncur semula sehingga 400meter.Ikan ini boleh membesar sehingga ( 18 inci ) atau 45cm.

Diharap geng pancing jangan terkejut jika ikan ini melompat masuk ke dalam bot ketika sedang memancing.

Tuesday, 30 March 2010

Berita Pancing

Sungai Congo,sungai yang melalui beberapa negara di Benua Afrika ini terkenal dengan keunikan dan kepelbagaian spesisnya. Ini adalah kerana sungai ini adalah sungai yang terdalam di dunia dan hampir menyamai kedalaman laut dan merupakan tadahan air kedua terbesar di dunia dan airnya boleh membanjiri seluruh eropah.Panjang sungai ini adalah 14,500km yang melalui di bahagian tengah Benua Afrika dan menyediakan sumber makanan dan air kepada lebih 30juta penduduk di sekitarnya.

Kebanyakan spesis di Sungai Congo ini mengalami evolusi yang pelik seperti kehilangan warna (pigment lost ),merengang atau memanjang ( elongation) dan mata yang hampir hilang.


Antara spesis unik yang dijumpai di Sungai Congo ini adalah:


Goliath Tiger Fish
Goliath Tiger Fish antara ikan raksasa yang unik di Sungai Conga dan ia boleh membesar sehingga 68kg.


Elephant Fish
Ikan Gajah ( Freshwater Elephant Fish ) ikan unik yang mempunyai belalai menyerupai gajah yang berfungsi untuk menyedut makanan di dasar sungai yang berlumpur.

Thursday, 25 March 2010

Berita Pancing

Ikan Todak ( Swordfish)

Todak, terbayang kita ikan yang mempunyai muncung yang tajam seolah-olah sebilah pedang terhunus dan bersedia untuk berperang.Ini terbukti dengan beberapa kejadian ikan todak menyerang manusia dan antara yang masih dingati oleh saya ialah kejadian di Kampung Limau Limauan di Daerah Kudat, Kota Kinabalu, dimana Azlie Mantipan yang diserang dan ditikam di dada oleh todak seberat 7kg ketika memancing dan beliau meninggal ketika di hospital.Kejadian lain pula adalah seorang pemancing di Langkawi, Kedah, Adnan Walib, 39 tahun yang tercedera di kepala akibat tercucuk muncung ikan todak.Menurut kejadian ketika beliau menggunakan lampu suluh untuk menyuluh air dan tiba-tiba ikan todak melompat dan tercucuk di bahagian kiri kepalanya dan beliau juga meninggal di hospital serta beberapa kejadian-kejadian serangan lain.

Swordfish
Ikan Todak ini juga mengingatkan saya kepada cerita dongeng orang melayu, khususnya di Singapura sehingga ceriteranya terdapat didalam buku teks sekolah kita.
Ceritanya tentang kezaliman seorang raja di Singapura, yang menghukum bunuh ulama dari Negara Pasai, Tun Jana Khatib dan sebelum mati beliau telah menyumpah Singapura akan menjadi huru-hara dan antaranya ‘Dilanggar Todak’ dan menyebabkan ramai rakyat mati ditikam oleh ikan todak ini sehinggalah diselamatkan oleh seorang budak berusia 10 tahun yang bijaksana iaitu Hang Nadim. Atas nasihat Hang Nadim ini, Raja telah mengarahkan pokok pisang ditanam di pinggir pantai yang bertindak sebagai benteng menahan tusukan ikan todak.Atas kebijaksanaan Hang Nadim ini, beliau juga dibalas dengan hukuman bunuh oleh Raja Singapura atas alasan kebijaksanaannya akan mengugat kedudukan raja apabila ia besar kelak.

Dengan cerita Hang Nadim dan beberapa kejadian serangan todak sekarang,mungkinkah dogengan “Singapura DiLanggar Todak” ini benar-benar berlaku. Ini dikuatkan lagi dengan adanya nama jalan dan kampung di Singapura mengambil sempena nama Tun Jana Khatib iaitu ulama yang dihukum bunuh oleh Raja sebelum Singapura diserang todak.

Ikan todak ini selalunya dianggap ikan Marlin kerana sifat fizikal hampir sama,iaitu mempunyai muncung tetapi ianya berlainan jenis, Todak adalah Swordfish dan Marlin digelar Spearfish.

Todak atau nama saintifiknya (Xiphias gladius) adalah sejenis ikan laut yang rahang atas dan muncungnya memanjang berbentuk seperti pedang pipih dan kuat berukuran hampir sepertiga panjang badan ikan tersebut. Tubuh ikan todak panjang membulat dapat mencapai 2 – 4.6 m dan dapat membesar hingga 650 kg, kulitnya licin tidak bersisik, bahagian atas tubuhnya berwarna keunguan atau kebiruan dan bahagian bawah tubuhnya keperakan.Todak banyak dikawasan beriklim tropika. Ikan todak adalah satu-satunya anggota famili Xiphiidae.
Rangka Todak yang terdapat di National Museum of Natural History di Washington,US.

Muncung todak bukanlah digunakan untuk menyerang mangsanya tetapi membuatkan todak lebih lincah dan laju ketika berenang.Muncung ini dapat membantu ikan ini mengejar mangsanya dan ia mampu berenang selaju 80km/j. Ikan todak bukan ikan yang hidup berkelompok. Mereka berenang sendirian dan dalam satu kelompok yang jauh, iaitu sekitar 10 meter. Ikan Todak ini sering mencari makanan di permukaan air dan gemar melompat-lompat mengejar mangsanya dan tabiat melompat keluar dari permukaan air ini menjadikan ia satu pengalaman yang indah jika kita terserempak dengan ikan Todak ini.



Sunday, 21 March 2010

Berita Pancing

'Pelik Tapi Benar', itu ungkapan yang sesuai digambarkan bagi senarai beberapa hidupan air di bawah ini yang mendiami perairan di bumi ini. Dengan bentuk dan rupa yang tidak pernah dibayangkan oleh kita membuktikan ciptaan yang maha agung,tuhan yang maha esa Allah ( S.W.T ).

Cartilaginous Fish

Chimaeras( Ghost Shark)

Colossal Squid

Dragon Fish

Fangtooths Fish

Grenadiers Fish

Hand Fish

Megamouth Shark

OarFish

Pelican Eel

Sea Robin

Viper Fish