There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Monday 27 August 2012

GTOdak News

Sabtu 11 Ogos 2012.
Awas Ikan Pemakan Penis
Ikan yang tidak dikenali telah menyerang tiga orang kanak-kanak di Delta Mekong Daerah Dong Thap dan kecederaan mereka adalah serius menurut Dr. Nguyen Van Hoang dari Hospital Daerah Thap Muoi.

Kanak-kanak tersebut Nguyen Huu Thien, 7 tahun dan Nguyen Hoan Hao, 4 tahun masih berada di hospital selepas dua kejadian serangan berasingan yang berlaku pada 5 Ogos dan 9 Ogos yang lalu.

Kedua-dua mereka mengalami kecederaan yang serius pada penis,Thein kehilangan hampir keseluruhan penisnya manakala Hao kehilangan sebahagian daripada dan doktor telah menjalankan beberapa siri pembedahan dalam cubaan untuk menyambung semula penis mereka.

“Ia adalah ‘bagus’ kerana kecederaan mereka tiada kesan bisa”menurut doktor.

Menurut Nguyen Huu Tinh,bapa kepada kanak-kanak, Thein, ketika kejadian anaknya sedang berenang di Sungai Kenh Giua yang lebarnya diantara 4 hingga 5 meter bersama 6 kanak-kanak lain.Selepas 30 minit di dalam air anaknya menjerit kuat dan dalam keadaan cuba mengambil sesuatu di penisnya. Lelaki dewasa yang berdekatan terjun ke dalam air menyelamatkannya dan terus dikejarkan ke hospital.

Sementara seorang lagi Hao, diserang ketika sedang mandi di sungai yang sama bersama kakaknya.Manakala seorang lagi mangsa tidak dapat diperolehi maklumat tentangnya.
Seorang lelaki tempatan sedang cuba menangkap ikan misteri tersebut.

Pihak berkuasa daerah Dong Thap telah mengeluarkan amaran bahaya mandi sungai kepada penduduk tempatan dan sedang mencuba pelbagai kaedah untuk menangkap ikan pengigit penis tersebut.

sumber: Thanh Nien News.Com

No comments:

Post a Comment