There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Tuesday 9 November 2010

GTOdak INFO

FAKTA MENARIK TENTANG IKAN

1. Ikan telah berada di muka bumi lebih dari 450 juta tahun dahulu.
2. Ikan di temui sebelum dinosaurs menguasai bumi.
3. Terdapat lebih 25 ribu sepsis ikan yang dikenal pasti di bumi.
4. Dianggarkan masih ada lagi 15 ribu spesis ikan yang masih belum dikenal pasti.
5.Jika disatukan spesis amfibia,reptilia, burung dan mamalia masih belum dapat menandingi jumlah spesis ikan.
6. 40% daripada spesis ikan mendiami di air tawar walaupun hanya 0.1% air tawar di bumi.
7. Sesetengah ikan seperti ikan jerung tidak memenuhkan udara di dalam pundinya untuk kekal terapung tetapi untuk kekal terapung ianya akan berenang secara berterusan atau rehat di dasar lautan.
8. Sesetengah ikan boleh menghasilkan bunyi melalui geseran gigi dan yang lainnya seperti ikan baung/keli boleh menghasilkan bunyi melalui isian udara di dalam pundinya( swim bladder).
9. Sesetengah ikan boleh terbang (gelungsur),melompat-lompat di permukaan air dan ada yang memanjat batu.
10. Ikan mempunyai organ yang khusus di bahagian sisinya ( lateral line ) yang bertindak sebagai radar untuk mengemudi arah di dalam gelap dan didalam air berlumpur.
11. Ikan mempunyai deria penglihatan,sentuhan, rasa, bau dan sensiviti yang sangat tinggi.
12. Ikan dapat merasa kesakitan dan tekanan( stress) seperti mamalia dan burung.
13. Ikan tropikal adalah haiwan peliharaan paling popular di dunia.

 


No comments:

Post a Comment