There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Tuesday 11 May 2010

Today News

CABARAN MENCANDAT SOTONG ( 8 Mei 2010 )
KUALA TERENGGANU.Cabaran Mencandat Sotong bagi Geng Todak telah diadakan pada 8 Mei lalu dan telah mendapat kepuasan kepada mereka yang menyertainya.Pada cabaran kali ini Geng Todak disertai oleh Zul( Mr. Presiden ), Shahrizan (Zang),Mahzan (Haji Wak),Mazlani Sham( Panjang ),Rahim( Sayong ),Azizi ( Adebayor ),Sarwan, Baharin dan Ariff.

Cabaran ini bermula seawal 6.00pagi di Kuarters Kerajaan Jalan Duta yang menjadi tempat berkumpul sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu.Pada pukul 8.30pagi geng berhenti berehat seketika dan bersarapan pagi di R&R Temerloh.Geng Todak selamat tiba di Kuala Terengganu pada pukul 12.30tengahari.

Setelah makan tengahari dan daftar masuk hotel, cabaran pun bermula pada pukul 4.30petang.Kelihatan semua peserta cabaran kali ini bermuram kerana bimbang akan mabuk walaupun pelbagai petua telah diamalkan termasuk menampal koyok di pusat.

Pada kali ini Geng Todak menaiki bot di Jeti Kampung Duyung dan ditemani oleh 3 orang tekong bot ,perjalanan mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke destinasi mencandat.Apabila sampai kelihatan beberapa bot yang lain telah pun memulakan aktiviti mencandat.Setelah joran terhunus dan terikat rapi tali serta umpan, wisel pun berbunyi menandakan cabaran bermula tepat pukul 6.30petang.

Bakul isian sotong penulis masih lagi 3 ekor walaupun jam hampiri 11.30malam
Cabaran mencandat berlanjutan sehingga keesokan awal pagi tetapi selepas subuh Geng Todak sibuk menukar mata kail sotong ke kail memancing ikan kerana ikan kerisi sedang galak memakan umpan.
Cabaran kali ini Geng Todak hanya berjaya menaikan kira-kira 15kg sotong dan puluhan ikan kerisi,gelama dan kembung, walaupun tangkapan pada kali ini tidak menepati ramalan geng, iaitu 50kg tetapi Geng tetap berpuas hati kerana tidak ada Geng yang mabuk laut.
Rekod candat sotong pada kali ini dimenangi oleh Mahzan( Hj. Wak ) dengan tangkapan sotong sepanjang 0.6 meter( 2 kaki ).

Sayong dengan beberapa ekor ikan kerisi yang di pancingnya

dari kiri Panjang,Sarwan dan Hj. Wak

Ariff sedang mengkaji di mana silapnya kerana jorannya masih belum membuahkan hasil

Zang( di kiri ) tengah mencuba-cuba menjadi kapten bot 
Geng juga sempat singgah di Pasar Payang untuk mendapatkan barang-barang yang dikirim dan sepanjang perjalanan pulang geng juga sempat berhenti di Kuala Kemaman untuk merasa keenakan satar dan keropok lekor.
Setelah kereta dipandu laju oleh pakar drift kita Sayong dan Hj. Wak, geng selamat tiba di Kuala Lumpur pada pukul 10.00malam.-Forte

No comments:

Post a Comment