There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Wednesday, 29 February 2012

GTOdak INFO

REVOLUSI MATA KAIL

Karl Beitzel, 45 tahun dari Canton, Amerika Syarikat seorang pereka peralatan bedah telah mencipta satu revolusi baru dalam rekaan mata kail sehingga beliau memenangi USD50,000 daripada Canton Entrepreneur Bussiness. Hasil penjualan melalui laman sesawang kini beliau menubuhkan syarikat pengeluar mata kail memancing di beri Jack Hook.

Ciptaan mata kail Jack Hook ini dikatakan mampu diikat dibawah 5 saat dan 5 kali lebih cepat dari ikatan mata kail biasa serta dapat mengelak daripada kekeliruan ikatan ke mata kail.

Revolusi Jack Hook ini diuji terbukti di pertandingan peringkat tertinggi seperti Bass Tournament Competition di Amerika Syarikat dan pada masa kini mata kail Jack Hook ini telah digunakan oleh pemancing-pemancing professional di Amerika Syarikat.


Slogan Jack Hook ini adalah ‘If You Still Tying Knot You Don’t Know Jack’ dan yang peliknya pereka mata kail ini iaitu Karl Beitzel adalah seorang yang amat alergik/alah pada ikan.

berita oleh: forte

Sunday, 4 December 2011

GTOdak News

TRIP BURU TENGGIRI
Lokasi               : Yan, Kedah
Tarikh               :  21 November 2011
Geng GTOdak  : Cheli,Lae,Hj.Mahzan, Zul dan Rahim ( Geng GTOdak Kedah )
Tangkapan        : 1 ekor tenggiri ( 8kg)

Pergelutan sengit dengan ikan tenggiri sedang berlangsung

Cheli GTOdak tersenyum bangga dengan ikan tenggirinya

Mahzan GTOdak sedang mengukur ketinggian tenggiri.

Keberatan Ikan tenggiri hampir sama dengan berat Lae GTOdak.

GTOdak terpaksa bergambar di darat disebabkan laut bergelora dan sukar jurukamera untuk menangkap gambar di laut dan beliau juga telah mabuk laut..hahahahahahaha.
Hanya seekor Tenggiri berjaya dinaikkan dan GTOdak terpaksa bergilir-gilir untuk mengambil gambar....hahahahaha.Walaubagaimanapun azam dan tekad GTOdak akan terus membara seperti Harimau Muda untuk datang memburu lagi..watch out Yan Mackerel  we will back.

berita oleh ZUL.

Sunday, 13 November 2011

GTOdak News

Riwayat Ikan Sardin
Kehidupan memang tidak adil bagi sardin,samada menjadi hidangan sandwich dan roti sardin  di waktu pagi atau hidangan di waktu tengahari,malah turut menjadi mangsa bagi pemangsa di lautan luas.

Inilah keagungan tuhan dengan menjadikan sesuatu dengan tujuan kitaran kehidupan di dunia,alhamdullilah dengan rezeki yang dilimpahinya.
Inilah gambar yang ingin dikongsi bersama dengan GTOdak untuk tatapan penuh keajaiban.





4 pemangsa gergasi lautan iaitu  ikan marlin, singa laut dan paus berkerja-sama menikmati juadah sardin.
berita: forte

Wednesday, 19 October 2011

GTOdak News

Jerung Aneh Ditemui


Zaman kecanggihan perisian editing imejian menjadikan kita agak skeptikal  untuk menerimanya,tetapi itulah yang ditemui di Teluk California, Jerung Albino Bermata Satu.


Ikan Jerung aneh di dapati dengan membelah perut ibunya yang ditangkap oleh nelayan komersil di Teluk California,Mexico.
Menurut Pakar Jerung Mexico Felipe Galvan Magana, "ini sememangnya aneh" dan terdapat lebih kurang 50 kes keanehan  yang dilaporkan setakat ini.
Kemungkinan jerung ini mengalami gangguan genetik atau proses kejadian tisu-tisu organ yang tidak sempurna.
Jadi terpulang kepada GTOdak untuk mempercayainya,adakah ia sebahagian daripada mainan manusia atau salah satu kekuasaan Allah S.W.T yang menentukan kejadian mahkluknya.
berita oleh: forte

Tuesday, 13 September 2011

Trip Pulau Sembilan 10 September 2011

Trip                       :    Pulau Sembilan,Perak D.R
Tarikh                    :   10 September 2011
GTOdak Team      :    Forte, Sura, Lae, Zairi, Kamarul & Sham Panjang
Tangkapan             :    200 ekor ( Talang, Alu-alu, Kerapu, GT, Cencaru, Todak & Kerisi )








oleh: forte

Tuesday, 23 August 2011

Monday, 1 August 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011
&
Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa
daripada
Team GTOdak