There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Monday, 11 January 2010

Info Aktiviti Memancing

En.Ariff ada mencadangkan agar Geng Pancing mencuba kolam air masin di Port Klang iaitu Kolam Sea Lion.Jadi kepada Geng Pancing yang berminat boleh lah menyertai En. Ariff memancing di situ pada 1 Febuari 2010 ( cuti umum bagi KL-Hari Wilayah ).
Banyak cerita yang saya dengar mengenai Kolam Air Masin ini,ada yang pulang lumayan dengan pelbagai spesis ikan laut dan ada pula yang pulang tangan kosong, tambahan pula yuran memancing disini agak mahal.


Apa-apa pun nasihat kepada Geng Pancing sebelum melabuhkan joran perlulah mengetahui tips-tips memancing disini dan tak malu bertanya kepada sesiapa disana nanti yang mungkin tahu lubuk-lubuk ikan di kolam ini.
Selamat Mencuba.

Umpan Ikan Air Tawar

Ini adalah informasi yang saya dapat dan kumpul untuk infomasi Geng Pancing tentang umpan yang sesuai untuk memancing mengikut jenis ikan.

Umpan yang diterangkan adalah merujuk kepada umpan biasa (kaedah tradisional) tanpa menyentuh pengunaan atau umpan tiruan.

Udang Galah -perumpun, anak udang beras, anak ikan guppy, isi ikan, hati dan jantung ayam, isi remis, isi  kerang, adunan dedak campur belacan.
Kuku (ketam angin, anak ketam pasir, udang sungai, udang kayu, udang kantong, roti canai, ayam goreng). Semilang (Udang sama ada hidup dan mati lintah sungai, perumpun, sotong kurita, isi ikan, ikan belanak, bebolos, isi siput, anak ketam.
Kelah (kelapa sawit peram, buah merih, udang sungai, buah nerang).
Toman (anak ikan hidup lampan, tengas, sebarau, keli),
Belida (ikan anak ikan hidup seperti parang, terbul, tengas, talapia susur batang).
Jenahak (udang hidup, cumit hidup, udang lipan, sotong kurita, belanak, anak gelama, anak bebolos, perumpun, hirisan isi ikan segar).
Sepat (lumut, cacing kecil, telur kerengga, nasi).
Puyu ( belalang,cengkerik kecil,cacing kecil )
Haruan (katak, anak ikan, udang sungai, cacing, belalang, cengkerik).
Belanak/tamok/andeng (roti yang digumpal kecil).
Ketutu (anak ikan, hirisan / ketulan isi ikan, udang sungai).
Baung (umpan peram, ulat lundi, udang sungai, isi ikan, cacing, dedak, perut, usus atau hati ayam).
Keli (cacing, cengkerik, udang sawah).
Tapah (hampir semua anak ikan sungai, anak keli, udang galah, ulat lundi).
Sebarau (anak seluang atau ikan parang kedai akuarium, tebal sisik, anak lampan, anak terbul, anak ikan tengas, udang sungai).

Friday, 8 January 2010

IkanTermahal Di Dunia

Ikan Hiasan - Arowana Platinum


Ikan Akuarium ini berukuran 38cm ( 15 inci ) kepunyaan sebuah syarikat Aro Dynasty di Singapura. Ia merupakan arowana mutasi yang jarang ditemui.Aro Dynasty menawarkan harga 80 ribu dollar untuk pembeli dan sebuah syarikat di United Kingdom telah menawarkan 200 ribu pound( RM1,08juta ) untuk membeli ikan tersebut.


Golden Tiger Fish


Ditangkap di perairan Guangdong di Selatan China seberat 105paun ini telah menjadi ikan paling mahal apabila di beli oleh sebuah restoran dengan harga 580,000 yuan( 75ribu dollar US atau RM253ribu ) dan di jual kepada orang ramai 2,000 yuan bagi setiap 1 kilo hidangan atau 117dollar US.( RM395.00 sekilogram)

Wednesday, 6 January 2010

Berita Aktiviti

Geng Pancing akan menjalankan aktiviti memancing udang galah di sekitar Kuala Selangor pada bulan Febuari ini ( tarikh akan diberitahu kelak ).
Kepada geng yang berminat sila hubungi Setiausaha Geng Pancing ( En. Shelihazman ) atau AJK Program ( En. Mazlani Sham )untuk tempahan.
Untuk makluman geng tempat adalah TERHAD.

Tuesday, 5 January 2010

1 Juta US Dollar Gewang


Sanggupkah anda menggunakan Gewang ini yang berharga 1 Juta daripada MacDaddy's Fishing Lures ini yang diperbuat daripada 100 karat berlian ( 4,753 biji ) dan 18 karat emas dan sepanjang 30cm ini.

Antara produk lain daripada Macdaddy's Fishing Lures yang diperbuat daripada 14 karat emas.

Monday, 4 January 2010

REKOD TANGKAPAN IKAN

KELI/BAUNG/GIANT CAT FISH

95kg di Rio Apa, Brazil


293kg di Sungai Mekong,Thailand


155kg di Rio Solimoes, Brazil


56kg di Rio Parana, Agentina


18kg di Khao Laem Resevoir,Thailand


73kg, Sungai Ramganga, India


100kg, Sungai Amazon, Brazil


70kg, Sungai Mempawah, Indonesia


40kg, Rio Nhamunda, Brazil


12.6kg,Sungai Amazon,Ecuador

Sunday, 3 January 2010


Selamat Tahun Baru 2010 kepada warga Geng Pancing Kerja Raya,semoga tahun baru ini memberi kita keberkatan,kemakmuran dan kesejahteraan...Insya Allah...amin.........DAN semoga tahun hasil tangkapan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.