There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

There are a big ship and small ship, but the best ship of all is friendship

Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )

Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga

Wednesday, 12 May 2010

Today Info

BELANGKAS( Limulus Polyphemus) atau Horseshoe Crab adalah arthropod laut berbentuk topi besi tentera dan berekor panjang dan tajam yang banyak ditemui di pinggir pantai dan di kawasan sedikit berpaya.


Walaupun ia adalah hidupan laut tetapi sifatnya lebih hampir kepada labah-labah dan kala jengking. Belangkas ini dikategorikan sebagai haiwan hampir terancam oleh pertubuhan IUCN.

Menurut Wikipedia haiwan ini boleh mencapai saiz 51cm ( 20inci ) dan boleh hidup sehingga 20-25 tahun.Mana-mana badannya yang terputus boleh tumbuh semula,menakjubkan ?

Peribahasa melayu “macam belangkas” memang tepat pada sifat haiwan ini kerana ia sentiasa ditemui berpasangan dan jantan akan selalu melekat pada betina.Pasangan belangkas ini sukar dipisahkan kecuali salah satunya mati.

Seekor belangkas betina boleh menghasilkan 15,000 -64,000 telur pada badannya. Telur dan daging belangkas ini boleh dimakan oleh orang islam tetapi untuk menyediakan masakan daging belangkas ini perlulah orang yang benar-benar tahu tentang cara untuk menyediakannya kerana daging belangkas ini mengandungi toksin yang boleh memabukkan.

Menarik tentang haiwan belangkas ini adalah darahnya bernilai RM17,500 seliter di pasaran Amerika Syarikat dan Jepun, tetapi untuk mendapat seliter darah biru belangkas memerlukan 115 ekor belangkas bersaiz kecil dan 45 ekor jika bersaiz besar. Darah biru belangkas ini boleh dikeluarkan dengan menyedutnya keluar dengan tanpa membunuhnya.

Ia begitu berharga kerana dari segi perubatan ia boleh digunakan sebagai bahan mengesan virus, bakteria dan toksin dan ia juga boleh digunakan sebagai anti-bakteria dan anti-toksin.

Mungkin selepas ini ada Geng Todak terfikir untuk menternak belangkas untuk mendapat pendapatan lumayan.
-berita dari ForTe

No comments:

Post a Comment