Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )
Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga
Thursday, 6 May 2010
Today Info
Toman atau Snakehead Fish ( Channidae ) adalah ikan air tawar yang mendiami rantau Asia dan Afrika. Ikan ini telah lama mendiami di asia khususnya di asia tenggara,ia dijumpai di Veitnam, Loas, Thailand, Myanmar,Indonesia dan Malaysia iaitu meliputi kawasan seluas 2,500 km.
Terdapat fosil ikan ini yang dijumpai di selatan Himalaya kawasan India yang dianggarkan berusia lebih 50 juta tahun dan ada teori mengatakan kemungkinan ikan ini berasal dari wilayah tersebut. Di Malaysia kita tidak pasti dari mana dan bila penyebaran ikan toman dan ia telah menjadi native fish dan telah sebati dengan ekosistem negara kita.
Geng Todak sendiri telah beberapa kali menguji kekuatan ikan ini di expedisi yang lepas seperti di Tasik Kenyir, Tasik Banding dan Tasik Belum.
Terdetik untuk menulis tentang ikan ini apabila menonton National Geographic Channel dalam episod “Fishzilla Snakehead Invation” yang diterbitkan pada tahun 2007.
Di dalam episode ini menceritakan pada may 2002, 2 orang lelaki telah terpancing ikan yang pelik di sebuah kolam di Crofton,Maryland, Amerika Syarikat dan setelah dikenalpasti ia adalah northern snakehead iaitu spesis toman.Ini telah menimbulkan keadaan panik sehingga terpapar di tajuk utama dalam surat khabar tempatan dan antarabangsa, di radio, televisyen dan telah menjadi satu agenda penting negara. Ini adalah kerana ikan toman ini akan menjadi satu ancaman kepada ekosistem negara itu dan di kuartiri akan mengancam ikan-ikan atau spesis tempatan seperti ikan bass dan lain-lain.
Dalam sekelip mata ikan ini menjadi bintang terkenal dan pelbagai gelaran di beri seperti frankenfish, killer fish, fish from hell, x-file fish dan sebagainya. Atas dasar ancaman alam sekitar Maryland Department Of Natural Resources ( DNR) telah meracun kolam-kolam yang terdapat ikan toman ini dan arahan Wanted Dead or Alive telah dikeluarkan untuk membasmi habis-habisan ikan ini. Walaubagaimanapun ikan toman ini cepat membiak kerana mempunyai tempoh matang yang cepat iaitu 2-3 tahun sahaja dan toman betina boleh mengeluarkan sehingga 15,000 telur pada satu-satu masa dan di Amerika Syarikat ia telah tersebar di negeri-negeri seperti Hawai,California, Florida, Maine dan Maryland.
Sehingga kini ikan ini telah diharamkan memasuki Negara Amerika Syarikat dan US Deparment of The Interior telah mengeluarkan undang-undang haramkan pengangkutan ikan toman hidup dan telurnya serta ia dikuatkuasa kepada lebih 16 buah negeri.
Perkara ini boleh dijadikan contoh dan ikhtibar kepada kita kerana banyak spesis-spesis luar dari ekosistem kita telah dijumpai di tasik-tasik atau sungai-sungai negara kita seperti Ikan Naga ( arapaima gigas), Ikan Mulut Buaya ( Aligator Gar ), Flower Horn, Piranha dan macam-macam lagi.Seharusnya perkara ini menjadi satu agenda penting negara untuk mengawal dan memeranginya dan menjadi satu tajuk utama berita dan bukan hanya sekadar mengisi ruang-ruang kecil di dalam akhbar tempatan.
Di Malaysia terdapat undang-undang mengawal kemasukan spesis asing ini ke negara kita untuk menjaga penularan penyakit dan ancaman alam sekitar negara. Di harap penguatkuasaannya akan lebih aktif dan efektif ,dengan itu geng-geng pancing dan generasi akan datang dapat mengenali spesis-spesis ikan tempatan sebelum ia hilang dan pupus.
Dari Meja Presiden
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment