Kuala Terengganu Cuttlefish Challenge ( Mei 2010 )
Royal Belum Trip ( Julai 2010 )-photograph by rapalajingga
Tuesday, 13 September 2011
Trip Pulau Sembilan 10 September 2011
Trip : Pulau Sembilan,Perak D.R
Tarikh : 10 September 2011
GTOdak Team : Forte, Sura, Lae, Zairi, Kamarul & Sham Panjang
Tangkapan : 200 ekor ( Talang, Alu-alu, Kerapu, GT, Cencaru, Todak & Kerisi )
oleh: forte
Tarikh : 10 September 2011
GTOdak Team : Forte, Sura, Lae, Zairi, Kamarul & Sham Panjang
Tangkapan : 200 ekor ( Talang, Alu-alu, Kerapu, GT, Cencaru, Todak & Kerisi )
oleh: forte
Tuesday, 23 August 2011
Monday, 1 August 2011
Tuesday, 15 February 2011
CORETAN SESSI ULANGAN MENJENGGO DI TELUK INTAN
oleh: Forte
Pada hari sabtu lepas 12 Febuari 2011 acara ulangan(repeat) menjenggo( udang galah bersaiz besar) dan saya di ajak oleh Cheli dan Panjang untuk merasai sekali lagi mengail udang galah di Sungai Teluk Intan. Pada mulanya agak keberatan kerana mengenangkan keadaan malam yang gelap dan ditemani oleh nyamuk-nyamuk ganas.Tetapi atas desakan tersebut saya pun bersetuju.
Pada trip mengail udang galah kali disertai oleh Cheli, Panjang,Man(ahli baru Gtodak ) dan saya sendiri.
Kami berempat bertolak dari KL pada pukul 6.00petang dalam keadaan hujan lebat dan kami merasa kecewa sedikit kerana kemungkinan kami akan mengail undang dalam keadaan basah dan arus sungai akan menjadi deras.
Kereta yang dipandu Panjang tepat tiba di Pekan Teluk Intan jam 9.00malam dan kami merasa amat lega kerana cuaca di Teluk Intan baik dan langit cerah diterangi oleh cahaya bulan dan bintang.
Setelah singgah di kedai 7-11 untuk membeli bekalan dan menikmati makan malam di pekan Teluk Intan kami pun bertolak ke Jeti Kampung Esso dan kami disambut oleh Tekong Kayoub @ Man.
Setelah menunggu keadaan air yang sesuai, kami pun mula memudik sungai pada pukul 11.00malam dengan menaiki bot gentian fiber.Saya dan Cheli berkongsi satu bot dengan Tekong Azmi manakala Panjang dan Man dengan bot yang lain dan ditemani Tekong Kayoub.
Dengan berbekalkan umpan udang segar yang disauk oleh tekong pada sebelah petang tadi, kami memulakan expedisi ke lubuk-lubuk udang galah.
Lubuk pertama yang dituju adalah berdekatan dengan Jeti membaiki kapal dan ternyata ia membuahkan hasil dengan tekong kami memperolehi 5-6 ekor udang disini dengan menggunakan rod 9’ teleskopik buatan sendiri.
Kemudian banyak lagi lubuk-lubuk udang galah kami terjah dan hasilnya juga tidak mengecewakan tetapi jam sudah pukul 1.00pagi, saya masih belum lagi merasa tarikan udang galah ini. Setelah mempelajari teknik-teknik mengail udang galah daripada tekong Azmi barulah saya mula berjaya menaikkan udang galah.
Dengan bantuan cahaya lampu kepala Jalan Pasar dan semburan anti nyamuk jenama doraemon kami meneruskan perjuangan dari lubuk ke lubuk dan setiap lubuk pastinya ada udang dinaikkan.
Bila hari mula cerah kami bergerak ke lubuk terakhir iaitu Kampung Pasir dan menurut tekong Azmi di situ belum pernah lagi mengecewakan si pemancing udang dan hati menjadi tidak sabar untuk melabuhkan kail di situ tetapi malangnya baru separuh jalan engin bot kami tiba-tiba terhenti dan setelah mencuba untuk membaikinya ia ternyatakan gagal.
Bot kami terpaksa ditunda oleh bot Tekong Kayoub yang membawa rakan kami Panjang dan Man. Hampir 30minit kami ditunda barulah tiba di Jeti Kampung Esso.
Walaubagaimanapun kami masih belum patah semangat untuk mencuba lagi di tepian sungai berhampiran jeti dan Cheli berjaya naikkan 2 ekor lagi udang galah bersaiz kecil tetapi saya pula asyik menukar kail baru akibat putus digigit oleh sang buntal. Ternyata tali jenis tangsi tidak boleh digunakan di siang hari , jadi jikalau ada geng yang ingin mengail udang galah disini, pastikan guna tali jenis sulaman.
Pada pukul 10.00pagi kami menghentikan mengail udang galah ini dan hari pun mula panas dan segala penat lelah,menahan ngantuk dan lengguh-lengguh badan akibat duduk telalu lama berbaloi dengan hasil mencecah 6kg dan trip ini lebih lumayan daripada trip yang dibuat sebelumnya.
Itu sahaja coretan kali ini di harap ada geng lain yang berminat untuk menyertai acara menjenggo ini di masa hadapan.sekian.: Forte
Thursday, 16 December 2010
TRIP PANTAU PORT PANCING :
UDANG GALAH TELUK INTAN ( 3 DIS.2010 )
Salam kepada semua Ahli GTodak. Sebagaimana maklum, satu trip pantau (riki2 & rece2) port pancing telah dibuat sebagai mengisi Kalendar 2010 Blog GTodak. Pada kali ini trip udang galah telah dibuat di Teluk Intan (Sg. Perak) atas cadangan ber’racun’ oleh saudara Mazlani . Trip kali ini hanya disertai oleh 4 ahli sahaja berikutan ramai ahli lain terlalu sebok dengan kenduri –kendara dan cuti-cuti ala Malaysia (sempena cuti sekolah).
Arus pada tarikh ini agak perlahan walaupun paras air sungai masih agak tinggi, sedikit sebanyak membantu kami untuk memancing dengan selesa. Atas pengalaman Tekong, banyak port dan lubuk udang galah telah diterokai dan berjaya membuahkan hasil. Tekong di sini biasanya akan melabuhkan sampan di sekitar lubuk, justeru itu para pemancing tidak perlu untuk membuat balingan jauh, cukup sekadar melepaskan umpan terus ke bawah atau sekitar radius 2 meter sekeliling sahaja. Bagaimanapun faktor arus air dan laluan sampah adalah diambil kira kerana banyak memberikan gangguan.
Trip kali ini berakhir pada jam 8 pagi dengan hasil yg sangat memberansangkan. Sepanjang malam pancingan tidak membosankan kerana sentiasa sibuk dengan getuan udang & ikan duri, secara lansung tidak memberikan peluang kepada kami untuk tidor.
Kerajinan tekong untuk kerap berpindah port juga menyumbang kepada ketidakbosanan kami. Semoga hasil pancingan udang galah kali ini akan dapat me’racun’ ahli-ahli GTodak lain untuk bersama-sama dalam trip berikutnya. Terima kasih kepada Tekong Man & Syam yang banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar
Hasil yang agak berbaloi setelah semalaman menahan ngantuk dan lenguh (terlalu lama duduk).
Salam kepada semua Ahli GTodak. Sebagaimana maklum, satu trip pantau (riki2 & rece2) port pancing telah dibuat sebagai mengisi Kalendar 2010 Blog GTodak. Pada kali ini trip udang galah telah dibuat di Teluk Intan (Sg. Perak) atas cadangan ber’racun’ oleh saudara Mazlani . Trip kali ini hanya disertai oleh 4 ahli sahaja berikutan ramai ahli lain terlalu sebok dengan kenduri –kendara dan cuti-cuti ala Malaysia (sempena cuti sekolah).Tujuan utama trip adalah bagi membuat perbandingan port-port pancingan udang galah yang terkenal di sekitar tanah air. Cerita-cerita kehebatan udang galah Teluk Intan telah terlalu kerap kami dengar, oleh itu trip kali ini akan membuktikan samada cerita tersebut adalah benar atau sekadar omongan kosong ‘kedai kopi’ sahaja.
| Menara Condong Teluk Intan |
Jika dilihat pada situasi semasa, sengaja kami memilih waktu yg kurang sesuai (musin hujan ) & bukan musim udang galah kerana sekiranya hasil tangkapan tidak memberangsangkan, ada elemen-elemen lain yg boleh dipersalahkan. Trip kali ini juga merupakan trip pancingan malam sebagaimana disarankan oleh pemancing udang tegar teluk intan kerana dipercayai udang galah yg mencari makan di waktu malam bersaiz lebih besar berbanding pada siang hari.
Ketibaan di jeti Kg. Esso (bukan nama sebenar) disambut oleh tekong Man yg telah lama dikenali oleh salah seorang daripada kami, juga merupakan Otai di kawasan ini. Dengan menggunakan 2 bot yang juga disertai Tekong Syam , lebih kurang jam 9 malam, kami mula memudik hulu dan bersetuju untuk memancing secara berkumpulan. Port pertama yg dikunjung adalah di Batu 5 dan kawasan berhampiran Jambatan Teluk Intan.
![]() |
| Rupabentuk Sg. Perak - Bahagian bandar Teluk Intan |
Trip kali ini berakhir pada jam 8 pagi dengan hasil yg sangat memberansangkan. Sepanjang malam pancingan tidak membosankan kerana sentiasa sibuk dengan getuan udang & ikan duri, secara lansung tidak memberikan peluang kepada kami untuk tidor.
![]() |
| Foto 4 : Masing-masing dengan Sepit Biru yang berjaya dinaikkan. |
![]() |
| Foto 5 : Kebanyakkan hasil Udang Galah yang bersaiz kasar (Jenggo) di perolehi pada waktu malam.setelah hari siang, rata-rata yg bersaiz udang maggi sahaja diperolehi. |
Lagi gambar dan foto trip boleh dilihat pada Laman Blog ini pada bahagian Aktiviti GTodak (Fishing Trip). Selamat Maju Jaya... Kita bertemu lagi di Teluk Intan... ada repeat tau..GTodak lain tk puas hatiiii..'kena racunnn'.
![]() |
| Foto 6 : Jumlah tangkapan semalaman dan dibahagikan sama rata.... Awat??? Tak puashati ke? Brani turun la lagi. |
Artikel Oleh: Cheli'
Thursday, 25 November 2010
TEKNIK MEMANCING UDANG GALAH
Teknik Memancing : MEMANCING UDANG GALAH
Perkara Utama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya enjin sangkut 4 � 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '�lampu kalimantang'�atau '�lampu ayam'� Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang (yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).
Peralatan
2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 � 8 paun.
4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 � 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.
| contoh ikatan tali |
Umpan
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.
Cara Memancing (dari atas sampan)
1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 � 16 kaki.
2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 �3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.
1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.
Mencari Lubuk
1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.
Panduan
2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 �5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.
Peringatan
1. Pertuturan harus dijaga.
2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.
![]() |
| berhati semasa aktiviti memancing udang... |
![]() |
| awas jangan cuba berlagak 'hero' |
"SELAMAT MEMANCING"
![]() |
| " Jagalah Kebersihan 'Port ' Pancing Kita " |
Subscribe to:
Posts (Atom)





























